.:: Sahabat_Maya ::.

Friday, July 27, 2012

Untuk Kau.



Tidak semestinya kau tidak dapat apa yang kau hajatkan dulu, hidup kau akan hancur secara istiqamah berterusan.
Tidak semestinya bila kau kecewa hari ini, kau akan kecewa dengan bergaya sepanjang hidup kau.

Contoh, macam kau mahu masuk sekolah agama dulu.
Kau betul-betul mahu masuk.
Dan kau simpan hajat kau tu daripada tahun 4 lagi.

"Aku mahu masuk sekolah agama, aku mahu masuk sekolah agama."

But Allah doesn't give you what you want at that time.
Kau pun rasa sedih.
Dan confirmlah tidak gembira masa tu.
Terus kau frust menonggeng ni.
Oh, sangat tidak sopan kau ini. Woha!

Rupa-rupanya, as time goes by, Allah bagi kau satu keadaan yang mana kau boleh sahaja belajar tentang agama, Islam dan sebagainya.
Allah bagi kau peluang untuk terus berada di atas landasanNya walaupun kau tidak masuk sekolah agama.
Allah juga bagi kau peluang untuk terpilih menjadi di antara orang yang punyai kefahaman agama yang baik.

Maka, sila bersyukur.
Sebenarnya Allah bukan tak tunaikan apa yang kau hajatkan, tapi Dia bagi kau satu benda yang lebih baik daripada yang kau hajatkan.
Serius.
Kau tidak menyangka bukan?
Kau perlu untuk bersyukur.

Jangan lagi frust menonggeng ya.
Sungguh tidak sopan.
Pffttt!

Ramadhan Kareem!

p/s : sila jangan bayangkan posisi frust menonggeng. serius, tersangatlah tidak sopan dan bisa mendatangkan pahala marah.

Wednesday, October 5, 2011

Aku, Nasyid dan Soutul 'Irfaan~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah~

Entry ketiga dari UMSKAL.

"Dakwah itu seni"

Memetik kata-kata seorang murobbi.

Ya, benar.

Sangat.

Maka. perlu diketahui bahawa dakwah itu banyak cabangnya.

Dari segala aspek, akhlak, tarbiyah, hiburan, politik, keluarga.

Semuanya ada.

Dan saya memilih salah satu daripada cabang tersebut.

Hiburan, atau lebih tepat, NASYID~

Rasanya ramai yang sudah mengetahui berkenaan dengan cabang dakwah yang satu ini, dan rasanya ramai yang sudah mulai menerima perkara ini.

Alhamdulillah~ 

Sangat-sangat memberangsangkan kejayaan dakwah di sebalik nasyid ini.

"Orang hendak bunuh diri, tidak jadi oleh kerana terdengar lagu 'InshaAllah' nyanyian Maher Zain"

Masih segar di ingatan kata-kata ustaz saya tatkala masih menuntut ilmu di bumi KML.

Ya, memang tidak dinafikan.

Saya sendiri tertarik dengan nasyid sebelum saya memasuki dunia tarbiyah. Dan rasanya Allah memberikan hidayah melalui perkara (nasyid) ini.

Pengalaman saya sendiri, mulai menceburi bidang nasyid ini pada umur 17 tahun, pada tingkatan 4. Masih ingat lagi, kumpulan nasyid saya yang pertama diberi nama 'Ar-Rayyan' yang bermaksud pintu syurga untuk orang yang berpuasa. Dan kumpulan ini merupakan kumpulan nasyid sekolah. 

Selang beberapa tahun (2 tahun), menjejakkan kaki di bumi KML, tertubuh lagi satu kumpulan nasyid yang dirindui, "Soutul 'Irfaan". Mulai di sini, banyak perkara yang diajar. Dari segala sudut. Voicing, pemecahan suara, niat bernasyid, percussion, dakwah dalam nasyid dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya. 

Seronok?

Ya, sangat seronok.

Orang kata, kalau sepanjang hari itu diperuntukkan untuk bernasyid (kalau waktu solat,berhentilah bah), sanggup bah juga.

Sebab?

Sebab yang paling ketara, punyai sahabat-sahabat senasyid yang mempunyai fikrah dan matlamat yang sama, untuk menyampaikan Islam itu sendiri. Di samping sahabat-sahabat inilah yang mengajak untuk mengenal dan mengingat Allah.

Soutul 'Irfaan di depan MP KML : (dari kiri) Mus'ab, Azry, Zulfadhli, Syawal, Hafizh, Shahfieq, Siddiq
Iya.

Ukhuwah juga tertaut di situ.

Memegang 'jawatan' sebagai second voice ataupun suara kedua, bukan senang hendak masterkan benda tersebut.

"Kamu ni, bass, third voice dah ok. Second dengan basic jak lagi yang belum ok!"

Ingatan tertumpu kepada jerkahan jurulatih nasyid Soutul 'Irfaan, Abang Bob, juga merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan nasyid Sarawak, Hawary.

Tidak mengapa.

Kerana benda itulah yang membuatkan kami terus berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

"MENYAMPAIKAN ISLAM"

Posing ala-ala artis. Soutul 'Irfaan in Memories~

Kalau ada yang bertanya, rindu tak dengan kumpulan nasyid yang dulu?

Jawapan, "Tidaklah, tak rindu pun, tapi terSANGAT rindu~"

Huhu~

Kini, semua sudah berhamburan (bertebaran) di 'medan peperangan' masing-masing. Ada yang di Semenanjung, ada yang berada di tanah air sendiri, dan ada juga yang masih berada di Labuan.

Huuu~

Sahabat,

Masih ingatkah, Bilik Imam menjadi port kita untuk berlatih. Setiap waktu selepas selesai solat Asar, kita akan berada di sana untuk berlatih. Tidak dilupakan juga waktu malam. Sampai jam 11 berlatih.

Sedih~
(tiba-tiba emo ni.uhuk-uhuk)

Dan banyak lagi kenangan yang kita lalui bersama~

Dah boleh jadi cover album ni~





Skema sikit. Hehe~

Lihat.

Betapa bestnya melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah.

Sehinggakan menyanyi mengeluarkan suara pun best saja dirasa.
(kalah best penyanyi-penyanyi di luar sana yang hanya tahu menyanyikan lagu-lagu cinta.adeh)

Tapi, perlu diingatkan.

Sesungguhnya, setiap amalan itu dimulakan dengan niat.

Jadi...

Kalau niat itu hanya sekadar ingin mengeluarkan suara yang lunak, merdu lagi sedap, lupakan tindakan anda untuk bernasyid.

Kerana bernasyid itu bukan untuk keseronokan diri sendiri, tapi untuk 'keseronokan' ummah~

Semoga sama-sama mendapat manfaat dengan uslub yang diambil untuk menyampaikan dakwah.

Dan yang paling penting, moga dengan cara ini, Mardhatillah itu dapat digapai.

InsyaAllah~

Kepada Abang Iszuandy, jurulatih nasyid, abang, serta murobbi.

Jika abang terbaca post ini, saya mahu abang tahu yang kami (Soutul 'Irfaan) sangat-sangat menghargai kehadiran abang dalam kumpulan kami.

Sungguh, kenangan bersama abang sangat best. Memang tidak dapat dilupakan.

Rasa terharu, sedih, gembira dan macam-macam lagi perasaan bagaikan digaul rata dek blender hati ini.

Abang sanggup datang KML lewat malam semata-mata hendak melatih kami bernasyid.

Maafkan kami andai kelakuan dan perangai kami yang mungkin mengguris hati abang.
(masih kecik ba kami ni bang.huhuhu)

Dan terima kasih kerana sudi mengajar kami erti sebuah kehidupan daripada tarbiyah nasyidmu.

Semoga selamat dan sentiasa diberikan nikmat dan ujian daripada Allah di bumi Semenanjung ya bang.

(mood sedih sekejap.huuuuu~)

Ya, tarbiyah itu manis, jika disaluti dengan kefahaman yang baik.

Syukran semua!


Orang bertanggungjawab dalam mengajar kami bernasyid : Abang Iszuandy bersama 'buraq'nya


Sekadar gambar hiasan. Zat Al di Kota Belud (2009) : (dari kiri) : Abang Khairuddin, Umar, Abang Adi, Abang Amin, Zamani, Abang Fezri dan Shahfieq
Al-Ikhwan (nasyid KRU), persembahan di majlis kahwin orang, 2 hari sebelum  masuk UMS. (dari kiri) :Siddiq, Azrin, Umar, Azmeer, Shahfieq, Zamani




Khas buatmu, manusia yang bergelar sahabat~

Bersama - Devotees

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini


.:: Ingat Semula Tujuan Anda Bernasyid ::.

Wallahu'alam




Thursday, September 22, 2011

Ijazah VS Risalah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah~

Entri kedua setelah menjejakkan kaki di atas tanah UMSKAL.

Melihat suasana tarbiyah di sini setakat ini, ALHAMDULILLAH, ada sahaja terlihat mereka yang berkopiah serta bertudung labuh di sekeliling.

Tidak kurang juga golongan yang sebaliknya. Na'udzubillah~

Sedang asyik dilayan rasa gembira dan teruja setelah bergelar seorang mahasiswa, tiba-tiba fikrah saya tersentak dengan satu persoalan.

"Ijazah atau Risalah?"

Risalah Itu Perlu Disampaikan

Memang telah menjadi tanggungjawab mereka yang bergelar "Muslim" dan "Mukmin" untuk menyeru kepada kebenaran dan berusaha untuk meninggalkan kemungkaran. Tidak kiralah keadaan apa sekali pun. Bujang senang? Sudah berpunya? Telah bertunang? Anak keliling pinggang? Ya, TIDAK KIRA apa pun keadaan kita, ia sudah menjadi tanggungjawab untuk kita tunaikan.

Dakwah itu wajib.

Maka dengan adanya perkataan 'wajib' itulah kita mesti laksanakan ia. Dan tidak semestinya ia terlaksana di masjid, dalam usrah, tazkirah dalam kuliah atau sebagainya, walhal dalam kita menjalani kehidupan seharian kita juga Allah memberi kita peluang untuk kita menyampaikan dakwah itu.

"Saya ini bukan jenis yang hebat dalam agama. Alim? Jauh sekali. Macamana nak dakwah?"

Seringkali terlafaz kata-kata seumpama ini untuk dijadikan alasan.
Hmmm~~~

Ya, dakwah perlukan ilmu. Tidak dinafikan. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Apa yang penting dalam dakwah adalah kita ada niat dan usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah sekaligus membawa manusia yang berada di sekeliling untuk bersama kita. 

Boleh sahaja dakwah itu dalam bentuk kita menunjukkan akhlak yang baik kepada sekeliling. Berpakaian kemas, berdisiplin dan sebagainya. Itu merupakan salah satu cabang dakwah bahkan ia juga merupakan cara atau uslub yang seringkali Rasulullah S.A.W praktikkan.

Akan tetapi, biarlah kita berdakwah dengan kemahuan yang ada pada diri, bukannya sebab terpaksa, disuruh atau sebagainya. Biarkan diri ini merasa kenikmatan di dalam melakukannya sehinggakan pada satu tahap kita terasa kosong dan sepi tatkala mana kita tidak melaksanakan tanggungjawab ini. Apabila rasa nikmat ini sudah dalam ada dalam diri, maka timbullah satu istilah yang hebat, "ISTIQAMAH!".

Mengajak mentadabbur alam juga salah satu daripada cabang dakwah. SubhanaAllah~

Senang? Tidak Sama Sekali!

"Aku busylah hari ini. Kelas sampai malam, mungkin lain kalilah pergi masjid ya. Aku tak mahu ketinggalan kelas"

"Kau pergilah dulu ya. Kalau ada kesempatan, adalah aku kat masjid tu. Kalau tak ada, aku sibuklah masa tu. Maklumlah, assignment bertimbun belum siap lagi"

Memang tidak senang!  

Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri menghadapi kesulitan dalam menyampaikan risalah Allah, apa lagi kita yang sekadar hamba Allah yang biasa ini.

Tapi, setiap kesulitan itu pasti ada kesenangannya bukan?

Jadi mengapa perlu kita merungut? Ada yang mengatakan bahawa dakwah ini hanya membuang masa dan tenaga kudrat sebab mad'u yang kita ajak tidak memberikan respon seperti yang kita harapkan.

Maka perkara itulah yang hanya akan menjauhkan diri kita daripada Allah!

Astaghfirullah~

Perlu diketahui, jalan ke neraka itu dikelilingi dengan kesenangan dan kemudahan. Manakala, jalan ke syurga penuh dengan duri, penat lelah, kesukaran dan perkara yang sama waktu dengannya.

Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, jangan sekali-kali mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau kita mengajak kawan makan pun akan ditolak?
Berdakwah untuk 'memberi' bukannya untuk 'menerima'.

Maka, bersabarlah~

Mengenal Erti Penyampaian Risalah dalam Mengejar Segulung Ijazah
Bagaimana?

Pelbagai cara. 

Contoh?

Kaitkan apa yang diajar dengan dakwah dan tarbiyah, kemudian sampaikan kepada sahabat-sahabat.

Kita ambil contoh, dari skop Biologi.

Tubuh badan kita mempunyai satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem imunisasi.

Semasa badan kita mengalami kesakitan atau penyakit, satu sel akan terkeluar daripada badan kita untuk melawan segala virus-virus yang datang daripada penyakit itu. Dan semakin kerap kita sakit, semakin kuat pertahanan badan kita terhadap penyakit itu.

Cuba situasi ini kita lihat dari kaca mata tarbiyah dan dakwah.
Dalam kehidupan kita ini, seringkali kita diberi ujian daripada Allah yang mana kita tahu ia bertujuan untuk mentarbiyah kita.

Semasa kita mengalami dan merasakan ujian tersebut, satu kesedaran akan timbul daripada kita sendiri untuk membuatkan diri kita cekal dan tabah menghadapinya. Dan semakin kerap kita diberi ujian, semakin kuat pertahanan badan dan rohani kita untuk menghadapi ujian yang diberikan.

Mudah bukan?

Kemudian, benda tersebut disampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain agar mereka lebiih memahami hakikat kehidupan sebenar.

Maka, dakwah itu terlaksana di situ.

Membantu AgamaNya, Kita Akan Dibantu
Seorang sahabat yang saya kenali ketika masih menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), seorang yang hebat dari segi dakwahnya, hebat berkata-kata. Ditakdirkan untuk mengambil kos Perakaunan dan untuk menjadikan cerita ini lebih menarik, dia langsung tidak mempunyai asas dalam bidang tersebut.

Tapi yang takjubnya, semester pertama sahaja pointernya sudah mencapai 3.5 ke atas, belum dinyatakan lagi pointer semester kedua yang mencapai 3.9 ke atas. Di samping pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek yang lain.

Mengapa?

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad : 7)

Jadi, mengapa perlu disia-siakan peluang ini, sedangkan Allah sudah berjanji?

Kesimpulan
Perlu diketahui, dalam menyampaikan risalah, kita tidak boleh meninggalkan misi mendapatkan segulung ijazah. Kedua-dua misi ini perlu seiring dan sejalan.

"Tidak salah untuk kita berdakwah, tapi jangan tinggalkan study. Dan tidak salah kita dahulukan study kerana ia juga bermanfaat untuk dakwah dan agama. Tapi perlu seimbangkan benda tersebut. Ingat! Dakwah nombor satu, tapi akademik bukan nombor dua tahu!"

Mengimbau kembali pesanan naqib di sekolah menengah dahulu.
Maka, "risalah DAN ijazah" ataupun "risalah ATAU ijazah"?

.:: Sedang berusaha ke arah itu. InsyaAllah ::.

Wallahu'alam















Tuesday, September 20, 2011

Adab Menuntut Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Uhuk-uhuk(batuk buat-buat)

Sudah sekian lama, dan memang sangat lama blog ini tidak diberi pernafasan yang baik, atau lebih senang bahasanya, TIDAK DIUPDATE!!

Terima kasih kepada saudara Mohammad Shahfieq ibnu Sabdin yang sudi mengemaskini blog ini untuk saya.(eh, bukan nie mmg blog aku ka?adeh)

Alhamdulillah, telah dan sedang bergelar seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Seinfinti rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT di atas nikmat ini.

Allahu Rabbi~

Walaupun ada juga suara-suara sumbang mengatakan,

"Haha, kau Matrik kat Labuan, pastu U pun kat Labuan gak, kau tak boring ka bro? Dah lar Labuan tu pulau terkandas! Haha!"

Sakit hati? Ya, tidak dinafikan. Walaupun sakit itu disembunyikan di sebalik senyuman yang agak kurang ikhlas tatkala ia dilemparkan.

Ya, say whatever you want! Don't mind about that!!!
(emo skit nie,haha.agak2 lar bro.)

Tapi, realitinya, bilamana kita melihat perkara ini melalui kaca mata tarbiyah, sungguh jelas lagi nyata, ini merupakan tarbiyah daripada Allah.

Mengapa harus merungut dengan perkara itu?

Sedangkan Allah lebih banyak memberikan kita nikmat, tetapi kenapa perlu melihat kepada satu keburukan atau kelemahan yang nyata bertujuan untuk memberikan kita tarbiyah langsung dari Allah?

Betullah kata orang, bila kita melihat sehelai kertas putih yang di tengahnya ada satu titik hitam yang kecil, penglihatan kita akan lebih tertumpu kepada titik hitam tersebut.

Hmmm~

Dan lagi satu, tidak perlulah mengatakan "Kau nda boring ka bro di sana?". Tolonglah. Seakan-akan nikmat dan bantuan Allah tiada di sana bah.

Dui~

(SHARP!!!!!)

Sekadar memberi peringatan kepada mereka yang terleka. Dalam Al-Quran, Allah berfirman, surah Az-Dzariyat ayat 55,

"dan tetaplah  memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Jadi, sekadar untuk mengingatkan. No offense ya.

Ingin berkongsi sedikit ilmu. Semoga ada manfaatnya.
Belum ada idea untuk blogging

So, enjoy~

**********************************************************

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

sumber : http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/1781-adab-menuntut-ilmu.html

.:: Ya, ilmu itu perlu dicari. Bukan dinanti ::.

Wallahu'alam







Monday, July 25, 2011

SANAH HELWAH MY BROTHER!!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"25/7/2011"

Tarikh keramat bagi seorang sahabat, kawan dan teman.
Hari kelahiran sahabatku, NURSAM MOHAMMAD~

SANAH HELWAH MY BROTHER!!!

Walaupun tidak sampai setahun perkenalan, tetapi ikatan ukhuwah itu tetap kuat dan teguh. Tatkala bersama, hati ini sentiasa mengingati Allah. Ya Allah, teguhkanlah lagi ikatan persaudaraan ini agar hati-hati ini terus hajat kepada hidayah dan tarbiyah dariMu~

Pertama kali berjumpa dengannya, di Kolej Matrikulasi Labuan. Beliau berada di bawah lajnah pantauan saya, merupakan Ketua Lajnah Akademik Sahabat Al-'Irfaan. Pada mulanya, melihat diri beliau sebagai seorang yang pendiam, pemalu. Tetapi fikrah tersebut nyata terpesong, semakin dirapati, rupa-rupanya satu 'kepala'! Adeh.
 
Nursam Mohammad (kiri) ketika Majlis Setahun Bersama, Sehayat Terasa

Melihat ke hadapan. (Nursam, Siddiq, Hafizezazmi, Shahfieq)

 Hampir menitiskan airmata membaca puisi ini, hasil nukilan sahabatku, Nursam~
Sahabat,

Dunia ini penuh godaan dan mehnah…
Penipuan yang tak henti memecah..
Ketidakadilan mengalir tak bersudah..
Keseronokan terlihat semuanya indah...
Sering hamba tersungkur tanah..
Dek hembusan udara jahiliyyah..

Namun Sahabat,
Allah jua sayang pada diri hamba..
Menghadiahkan dirimu sebagai teman di jiwa..
Bersama mengukir ukhwah antara kita..
Berkasih sayang bertaut mesra..
Terasa indah di kaca mata..
Kamu terlalu istimewa..
Menyerapkan Iman di dada..
Membuat diri terasa bahagia..

Sahabat,
Senyummu cukup menggamit jiwa..
Sapaanmu terasa selalu bersama..
Wajahmu pemusnah segala gelisah..
Tuturmu pemadam segala resah..
Hanya gembira dan bahagia terasa..
Dalam ikatan ukhwah yang terbina..
Mengisi jiwa hamba..
Jauh dari dosa dan noda..
Mengingatkan kepada yang Maha Esa..
Mengajak dalam suasana tarbiah Islamiah..
Duduk bersama dalam biah solehah..

Sahabat,
Diharap ukhwah kita terus membunga..
Bersama mengejar hasrat dicita..
Merasa bersama keindahan tempat bernama Jannah..
Dalam cinta kita kepada Allah..
Ketahuilah hati kita tidak akan berpisah..
Ukhwah kita tidak akan punah..
Kerana kita akan terus mengutus doa..
Tanda ingatan kita bersama..
Membawa bersama dakapan Iman..
Dalam ukhwah yang berpanjangan..
Ingat dan ketahuilah..
Hamba ini ingin sekali melafaz ‘uhibbukafillah’.
Sedih, terharu, gembira bagaikan tergaul rata dan mesra di hati ini. 
Ya Allah, perteguhkanlah lagi ikatan ini ya Allah, ikatan yang ditaut semata-mata untuk mencari keredhaanMu ya Allah, berikan kekuatan kepada diri ini agar dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabatku. Semoga ikatan ini menjadi mahar untuk berada di JannahMu kelak. Amin~
Ya Nursam, i'm itharing you, brother.
.:: Salam Kelahiran Menuju Kematian Wahai Sahabatku ::.
Wallahu'alam