.:: Sahabat_Maya ::.

Thursday, July 29, 2010

Tangisan Penuh Keinsafan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pernahkah terfikir tatkala kita sedang bergembira, berseronok, tersenyum dan bergelak ketawa, masih ada segolongan manusia di luar sana yang meraung di atas penderitaan yang dialami?

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Di wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakan pula ayah kan pulang

Ya!Inilah bisikan hati seorang anak kecil Palestin yang boleh kita gambarkan bilamana kita meletakkan empati kita kepada mereka. Tangisan demi tangisan dilalui olehnya saban hari. Senyuman semakin pudar dari wajah menandakan penderitaan yang amat perit dirasainya. Hidung anak kecil ini kini lali dengan kehanyiran darah para syuhada di bumi anbiya. Mereka yang tidak berdosa ini kelaparan didera wabak yang menyiksakan.

Bayangkan..keperitan mereka di bumi penindasan, Palestin, tika ini kita masih mampu tersenyum, bergelak ketawa, bergurau senda bersama keluarga & para sahabat, tetapi mereka, sentiasa tersenyum kerana mengenangkan syahid yang sedang melambai-lambai kedatangan mereka. 

Persoalan demi persoalan yang timbul, 


LAYAKKAH KITA INI BERGELAR SAUDARA???
KE MANAKAH HILANGNYA KEMANUSIAAN??
BILA PULA AKAN MUNCUL KEDAMAIAN???

Soalan yang masih mencari satu jawapan yang pasti....

.:: Muhasabah Untuk Diri Yang Sentiasa Lalai...Astaghfirullah~ ::. 

Wallahua'lam

p/s : posting ini diilhamkan oleh ALLAH daripada lagu Bilakan Damai (Hafiz Hamidun)

No comments: