.:: Sahabat_Maya ::.

Wednesday, May 4, 2011

I.R.F.A.A.N : Part 1

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

~Pertemuan telah ditakdirkan,
Antara kita tidak pernah dirancangkan,
Manalah takdir hendak dilawan,
Semuanya ketentuan Tuhan~
Ya, statement di atas sangat-sangatlah disokong dan kalau wujudnya sistem markah dalam menilai statement di atas, ana akan bagi 10/10.

Suatu pertemuan itu tidak pernah dirancangkan, tetapi bilamana pertemuan yang tidak dirancang itu dijalinkan bertunjangkan Allah Ta'ala, insyaAllah, ia akan berkekalan lama dan akan memberi impak yang sangat-sangat maksima tatkala pertemuan tersebut dilamar perpisahan.

Pertemuan sebegini juga pernah "menimpa" diri ini.

Nama tersebut penuh dengan 1001 kenangan dan memori yang takkan dilupa. 

Di sinilah, tumbuh dengan sumburnya benih taqwa yang disiram dengan tarbiyah lalu menjadi buah amal.

Di sinilah, tempat diri ini menimba banyak ilmu yang sebelum ini tidak pernah diketahui, tempat diri ini sedikit sebanyak mengenal erti sebuah kehidupan.

Dan di sinilah, terjalinnya sebuah ikatan bernama ukhuwah.
Banyak memori yang sangat memberi kesan kepada diri ini dalam proses mengenal erti sebuah kehidupan dan perjuangan. 

Suka, duka, pahit, manis, lucu, lawak, gembira, sedih dan bermacam lagi perkara pernah dirasai oleh diri ini dalam proses menjadi seorang IRFAANIANZ yang berjaya.

Ingat lagi, ketika mana bersahur bersama-sama dengan sahabat-sahabat, di Bilik Imam, ketika itu, melantak mi segera yang sudah sebati dengan hidup seorang pelajar yang tinggal di asrama, megi tersebut dijadikan juadah bersahur. Yang melucukan keadaan, juadah tersebut baru sahaja selesai dimasak, masih berasap, masih panas, masih penuh, tetapi hanya tinggal 7 minit lagi azan Subuh dan juadah tersebut perlu dihabiskan! Dengan berkat usaha, tabah dan yakin, walaupun lidah terbakar akibat megi yang terlalu panas, dapat juga dihabiskan dengan jayanya!

Ingat lagi, ketika mana tiga sahabat berebut untuk melaungkan seruan Ilahi (azan), masing-masing berebut untuk mendapatkan pahala, sebagai penyelesaian masalah, dibuat undian dengan menggunakan kaedah "Choose", akhirnya ketiga-tiganya tidak dapat mengazan, kerana dicilok secara kemas oleh seorang lagi sahabat!

        
Rumah ALLAH yang menjadi saksi pertemuan yang ikhlas keranaNya


"Ukhuwah itu umpama rantaian tasbih, ada permulaannya namun tiada penghujungnya"

Kata-kata sahabat seperjuangan, Farez Syinon, merangkap Pengerusi Sahabat Al-'Irfaan, sangat-sangat mengena di hati. Sayu kedengaran ucapan beliau dalam majlis perpisahan Al-'Irfaan, "Setahun Bersama, Sehayat Terasa", mengundang kesedihan yang teramat pabila dikenangkan semula.

Orang bertanggungjawab terhadap hal-hal surau. So, kalau ada masalah, dia yang akan dimarah dulu..hohoho..Farez Syinon
Kadang-kadang (bukan lagi kadang-kadang, selalunya!), tatkala melihat potret lama yang masih tersimpan, bibir secara automatiknya tersenyum. Lihat! Hebat bukan penangan memori indah Al-'Irfaan?

Siddiq, Khairuddin, Muraz, Shahfieq (special thanks to Syawal, the photographer)       


  
Bertempur di medan boling
Jamuan terakhir beramai-ramai. Makan 'sanggar papek' :)
Posing study dengan bersungguh-sungguh 

Penulis (kiri) bersama-sama bilal tetap Surau Al-'Irfaan, Zul Fadhli
Sebenarnya, banyak lagi ingin dikongsi, tetapi, insyaAllah, akan dimuatkan lagi pada post yang akan datang.. :)

Wallahu'alam

.:: Tasbih + Tiada Penghujung = Ukhuwah ::.

No comments: