.:: Sahabat_Maya ::.

Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulillah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:92**********
NAMA:MOHD SHAHFIEQ BIN SABDIN
KATEGORI:P - Kategori Matrikulasi Perakaunan
NOMATRIK:MA**********

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
PROGRAM
:
 HE23 - KEWANGAN ISLAM
 
IPTA
:
 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
    
URL SURAT TAWARAN
:
http://www.ums.edu.my/kemasukan



Betapa hati ini bertahmid melafazkan syukur kepada Allah, kerana mengurniakan satu lagi NIKMAT yang sangat-sangat disyukuri.

"Eh, kamu doakanlah ya aku dapat kos Kewangan Islam. Memang kos idamanlah itu. Mohon doanya ya"

Kata-kata itu dilafazkan kepada semua sahabat di 'Irfaan mahupun di KML kira-kira 2 atau 3 bulan yang lalu. Pengharapan yang amat tinggi yang diberi kepada Allah dan hasilnya, ALHAMDULILLAH~,Allah mengurniakan ia dengan begitu cantik sekali.

Bertekad Cemerlang~
ALHAMDULILLAH~
Sungguh, gembira rasa hati tidak terhingga. 

Akan berbakti di Labuan. 3 tahun. Pergghh. Labuan~

Sudah cukup melebarkan senyuman ini dan mungkin bisa meluaskan kawasan jajahannya sehingga ke telinga.

Kini, 'ia' sudah berubah.
Dari "Tekun Berusaha", ke "Karisma, Madani, Luhur". Dan kini, mengalami metamoforsis lagi, ke "Bertekad Cemerlang"~

.:: Ya Allah, Kau Dengar. Syukran ::.

Wallahu'alam




2 comments:

Unknown said...

Assalamua'laikum dik!

1. Tahniah atas kejayaan melanjutkan pelajaran ke menara gading.

2. Harapnya segala ilmu, pengalaman dan kesilapan dari pengajian sebelumnya dijadikan panduan dan iktibar.

3. Teruskan mencipta kejayaan dan menjadi khalifah yang terbaik di bumi Allah!

.::ikhwanshafz::. said...

Wa'alaikumsalam tuan..~!
InsyaAllah syukran ya..
tharu nie..
uhuk2
:D