.:: Sahabat_Maya ::.

Tuesday, February 9, 2010

Buatmu Insan Tercinta

9 Februari 2010. Tarikh keramat yang diraikan oleh semua isi rumahku. Hmmm....rasa-rasanya apalah yang tersirat di sebalik tarikh ni??Teka2..

Ana tanya, ana jawab sendiri lar arr...

IT'S THE DAY MY MOM HAVING HER 43TH BIRTHDAY!!!!

Seorang wanita yang bernama Noor Azura Abdullah @ Rosina Liangson yang telah berkorban demi kebahagiaan anak-anaknya selama ini menyambut hari kelahirannya ke-43. Dengan persiapan yang rapi menyediakan segala jenis unsur untuk memberi kejutan kepada bonda tersayang pada hari itu, akhirnya, kesemua element of suprise menjadi juga. Bonda seakan-akannya tidak bersedia menyambut kejutan-kejutan yang dilakukan oleh kesemua anakandanya. Tepat jam 5.30 petang waktu Uganda, bonda yang kelihatan baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah meletakkan barang-barangnya terus menuju ke biliknya. Bertindak sebagai mastermind yang berjaya, kakak ana terlebih dahulu meletakkan hadiah hari jadi bagi bonda di atas katil bilik.(Mo bikin dramatik sikit lar kunu~). Tatkala menjejakkan kaki ke bilik, sejurus selepas itu, kedengaran bunyi esakan tangisan seorang ibu yang terharu dengan perlakuan anak-anaknya dan secara tidak langsung, rumah yang dibina untuk menjadi tempat berlindung dan berteduh bertukar menjadi pentas berlakunya adegan tangis-menangis yang dilakonkan oleh isi rumah tersebut. Huhuhu..indah sungguh saat itu.

Untuk bondaku....
Dirimu umpama lilin,
Yang sanggup membakar diri untuk keselesaan bersama,
Di kala ku kehanyutan di arus dunia,
Kau menghembuskan semangat di dalam diriku,
Oh ibuku,
Akan ku luahkan lafaz yang tersimpan ini,
Agar dirimu mengerti,
Diri ini menyayangimu....
I LOVE U MUM...!!!!

 Wanita di Hatiku, Noor Azura Abdullah

"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI UMUR DAN KEHIDUPANMU WAHAI BONDAKU..TERUSKAN BERJUANG DENGAN TABAH DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN YANG PENUH MENAH UJIAN"

3 comments:

Unknown said...

huhu..sungguh postink nie mengalirkan airmata yg malu untuk turun..truskan..apa2 pun syurga di telapak kaki ibu..

Afdol Ghaz!™ said...

huhu, sugguh mantap, menyayti hati juga lah, boleh thn, seperti yg sya kata hari tu, hrp anta terus berjuang memperbaiki apa yg patut, sma2 lah kita berdoa agr menjadi ank yg soleh... ana di sni amat x lyk nak katakan demikian..

.::ikhwanshafz::. said...

syukran jazilan kepada yg mghantar komen..nda taw plak ada bnda nie..
insyaALLAH tuan dan puan..