.:: Sahabat_Maya ::.

Tuesday, February 9, 2010

Wahai Ansorullah!Bangkitlah!

Kadang tarbiyyah buat kita lemah,
Tapi tarbiyyah juga buat kita kuat,
Kadang tarbiyyah buat kita penat,
Malah tarbiyyah juga yang buat kita puas.
Kenapa dikeluhkan resah?
Kenapa dinaungi lemah?
Bukankah Allah janjikan syurga sebagai tukaran segala perit?
Bersyukurlah kita diberi peluang untuk bekerja dgn 'BOSS' yg paling PEMURAH...
Seringkali langkah lemah kerana rengekan nafsu..
Seringkali hati jemu kerana culas ikhlas..
Seringkali air mata mengalir kerana tekanan derita jiwa yang keletihan..
Dan jiwa lemah kerana tapak hati yang kian haus dari rahmat Allah..
DUHAI ANSORULLAH
Jangan mudah mengalah
Jangan biar karat2 jemu menghentami orak mindamu
Jangan bnrkn girang kemalasan melabuhi hatimu
Jangan izin raja nafsu memerintahi jiwamu
TERUSLAH melangkah!
TERUSLAH mujahadah!
TERUSLAH berjuang!
Demi sebuah 'kemenangan'..sehingga dirimu lemas dalam lautan syahid
 .:: SENYUMLAH PADA MEHNAH BERDURI YANG MENDATANG ::.


p/s : lupa dah dari mana dpt post nie..mohon maaf kpd tuan empunya post ya..O.o

No comments: