.:: Sahabat_Maya ::.

Friday, February 12, 2010

Mengenal Erti Sebuah Perpisahan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Kau jaga jak bagus-bagus kopiah hitam aku tu. Nampak benda tu, ingat kat aku ya"
"Boleh bah. Selamattt..."

Sebak, sedih, gembira dan terharu bagaikan digaul rata dalam blender hatiku. Percakapan melalui platform telefon sudah cukup membuatkan ku merasa sedemikian rupa. Apa yang ku tahu, kerinduan kepada sahabat semakin menebal dan meluaskan kawasan jajahannya di hatiku. MasyaALLAH, hebatnya penangan ukhuwah nie. Teringat pula sms yang bertandang di ruang inbox. Sms yang dihantar oleh seorang murobbi yang ku kira seperti keluarga sendiri. 
"Diorang(Zamani dan Hanapia) pegi jihad menuntut ilmu..insyaALLAH, ada rezeki, Shahfieq dapat Matrix kat semenanjung..indah waktu ditarbiyyah bersama kan? Dan akan tiba satu masa, kita akan diletak jauh dari sahabat-sahabat..untuk ape semua tu? Untuk uji keberkesanan tarbiyyah yang diterima..sebab tu kami sayang kamu semua,didik dan kongsi ilmu dengan adik-adik..kerana di depan sana dik, banyak cabaran dan kita kena sampaikan Islam tu!"

Diri ini sebak tanda bersetuju dengan kata-katanya di samping mengaminkannya.

"Rilek lar..ada hikmah di sebalik semua nie..ko ri jak"

Memoriku sekali lagi bertandang di kisah-kisah silam. Sms daripada sahabatku, Mohammad Zamani bin Adam, (smsnya di atas), yang kini berjuang dalam medan akademik bersama sahabat, Hanapia bin Yusup, di Negeri Sembilan membuatkan aku redha dengan aturanNya Yang Maha Pengatur. Betul kata-kata sang murobbi di atas, mungkin tujuan ALLAH menyisipkan sebuah perpisahan di dalam persahabatan ini adalah untuk menguji keberkesanan tarbiyyah yang diterima. MasyaALLAH..halusnya ujianNya.

Kepulangan sahabat seperjuangan, Razlie bin Abdul Rahim, daripada Program Latihan Khidmat Negara di Tuaran sedikit sebanyak mengubat hatiku yang sebak ini. Hmmm..walaupun sekadar 4 hari diberi cuti atas sebab Tahun Baru Cina, sudah memadai untuk diriku dan sahabat-sahabat yang lain berjumpa dan merapatkan lagi tali persahabatan yang telah lama erat ditaburi ukhuwah.(InsyaALLAH). Pertemuan yang singkat ini mungkin sahaja bertujuan untuk kita lebih menghargai detik yang Dia peruntukkan. InsyaALLAH akan diusahakan.
 Redzuan,Hannafi,Imran,Badri,Razlie,Amran,Shahfieq

Mungkinkah kita terlupa,
Tuhan ada janjiNya,
Bertemu berpisah kita,
Ada rahmat dan kasihNya,
Andai ini ujian,
Terangilah kamar kesabaran,
Pergilah derita,
Hadirlah cahaya....
 (Brothers - Untukmu Teman)
.::BICARA TENTANG PERPISAHAN, PASTI MENJADIKAN DIRI LEBIH KUAT,SENYUMLAH DAN PANDANG KE HADAPAN,ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA::.

Wallahualam....


2 comments:

Sue`Zhaila said...

HUhu..sedih lah..tak pe..nak taw dulu sue pena ckp gan ustaz Lah..knapa nak pindah..satu jwpan yg sungguh melegakan kati ustaz lontarkan..di antara sebabnya..(mungkin ustaz lagi di perlukan di kEdah)..hm..n mgkin juga sbbnya sama..piah n zamani di perlukan d N.9 SETELAH DI LATIH untk berdakwh di bumi sabah..akhirnya allah M`postkan mereka di N.9 untuk m`pratikkan di sana..

.::ikhwanshafz::. said...

iyer..
btul lar tu dik..
kita hrapka yg tbaik utk drg ekk..