.:: Sahabat_Maya ::.

Saturday, March 6, 2010

Majulah KRU Untuk Islam!!


 
Alhamdulillah, pada 27 dan 28 Februari 2010 sekali lagi Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu berjaya tampil dengan program Qiamullail bulanan yang bertemakan Ikhtilat. Program yang dirangka dengan bantuan Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya menarik minat seramai 119 peserta muslimat dan 62 peserta muslimin yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar Kota Kinabalu. Antaranya SMK Tobobon, SMK Bandaraya, SM Shan Tao, SMK Inanam, SMK Kolombong, SMK Putatan, SMK Likas, SM Perempuan likas dan SMK Sanzac. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat ahli-ahli KRU yang sudi melibatkan diri menjayakan program ini.

 
Pengisian mantap mengupas fiqh ikhtilat, pandangan ikhtilat menurut Islam, hukum dan adab-adab berikhtilat yang disampaikan melalui kuliah dasar menjadi tulang belakang kepada pengisian program kali ini. Tambahan lagi, kuliah "Fitrah yang menjadi Fitnah", malam penghayatan dan pengisian Maulidurrasul turut tidak terkecuali menjadi daya penarik sepanjang aktiviti berlangsung. Semoga ilmu baru yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Justeru, pihak KRUKK memohon maaf kepada seluruh pihak sekiranya ada yang terguris hati sepanjang mengikuti program KRUKK. Sebarang pandangan dan cadangan untuk penambahbaikkan dari semua pihak amat kami alu-alukan ;)

Jumpa lagi di program KRUKK pada masa akan datang ^_^
 
sumber rujukan : http://d-kru.blogspot.com

2 comments:

Nuralim MnT said...

salam..tahniah KRU,
walaupun dr skolah ana xda..

.::ikhwanshafz::. said...

salam..ade2 jer enta nie..
hahah..