.:: Sahabat_Maya ::.

Thursday, March 11, 2010

Persoalan Yang Terungkai Akhirnya

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

11 Mac 2010

Tarikh keramat bagi pejuang-pejuang yang berjuang di medan SPM. Akhirnya, terungkai juga persoalan yang dinanti-nanti jawapannya selama ini. Seawal jam 7.30 pagi, bermula sudah diskusi-diskusi tentang keputusan yang bakal diperolehi nanti. Pucat berbaur takut, getir tetapi disusuli dengan redha perasaan ketika itu. Teringat ana pesanan sorang murobbi,

"Apa pun keputusannya nanti, kena ingat, kena redha. ALLAH dah tetapkan yang terbaik untuk kamu, ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk para hambaNya dan Dia tak pernah menzalimi hamba-hambaNya"

Kata-katanya terngiang-ngiang di minda ketika berhadapan dengan keputusan. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, tiada yang sangkut dalam arus kegagalan. Ramai di antara sahabat-sahabat yang menangisi tangisan penuh kegembiraan instead of tangisan kedukaan. Happy-happy jak muka dorang semua. Hehe. Syukur kepada ALLAH, kerana inilah yang terbaik bagi kami. 

 Detik-detik mencemaskan kini membuahkan hasil
Muka gembira 2 hari sebelum ke medan perang (senyum nervous nie)

Ternyata, senyuman kegembiraan tersebut masih terukir di wajah para pejuang ketika mengetahui keputusan

Seinfiniti syukur dan tahmid kepada ALLAH S.W.T kerana telah meletakkan kegembiraan di hujung usaha kami selama ini. Kepada family yang senantiasa berada di belakang untuk menolak diri di lembah kejayaan, syukran jazilan. To all my teachers, thanks for being my second parents at school. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang sering membantu ana dalam pelajaran. SYUKRAN TO ALL!!

And now, persoalan yang muncul dan bermain di minda selepas menerima result,

DI MANA AKAN KAKI INI DIJEJAKKAN?

InsyaALLAH, akan diusahakan mencari jalan yang terbaik untuk kaki ini dijejakkan ke tempat-tempat yang tertentu.


.::Dari SMK Tobobon, Ke...??Persoalan itu Memerlukan Satu Jawapan Yang Pasti::.

Wallahu'alam
 







No comments: