.:: Sahabat_Maya ::.

Tuesday, April 27, 2010

Maka Lahirlah Si Mujahid Agama Di Sini

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

23-25 April 2010

Tarikh keramat untuk mereka yang bergelar 'peserta' di program Kem Remaja Islam (KRIS) Tuaran yang ditulangbelakangkan oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Tuaran dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Tuaran. Alhamdulillah, program yang dijalankan sekitar 3 hari 2 malam ini bertemakan 4 perkara asas di dalam Islam iaitu ukhuwwah, aqidah, ibadah dan akhlak, berjalan dengan baik.

Sesampai sahaja di tapak program, jiwa ini berbaur dengan pelbagai perasaan. Penat bercampur sedih, gembira, terharu dan sebak melihatkan keadaan adik-adik 'tarbiyyah' di program ini. Begitu ramai hati yang hajat kepada tarbiyyah untuk menjadi seorang muslim yang bertaqwa. Kalau tidak, masakan masa hujung minggu mereka yang terluang ini dipilih untuk diisi dengan santapan-santapan rohani dan tarbiyyah. :)
Bertugas sebagai fasilitator dalam program, ana diberi amanah untuk berkongsi ilmu bersama dengan kumpulan 4 di kalangan peserta muslimin yang digelar "Ikhwanul Solihin"(semoga nama ini menjadi doa kepada adik-adik, Amin.). Adik-adik amanah yang seramai 10 orang inilah merupakan mereka-mereka yang terpilih di kalangan ramai-ramai pemuda di daerah Tuaran yang ana kira, mereka bersepuluh ini (ada ka istilah nie ya..=.=") mempunyai hati yang tulus lagi suci yang hajat kepada tarbiyyah Islam. InsyaALLAH.

Ikhwanul Solihin : (tiga dari kanan) - diketuai oleh adik Nashrul dari SMK Badin

Mata hati dan jiwa terbuka tatkala melihat gelagat adik.adik. Ukhuwwah yang terjalin di kalangan fasi,ajk dan juga adik-adik peserta,insyaALLAH,akan dipertahankan. So, nanti kalau jumpa di pekan Tuaran, tegur-tegur lar yer...:)

.:: Semoga Adik-Adik Ini Menjadi Salah Seorang Daripada Pejuang Di Arena Tarbiyyah dan Da'wah ::.

Wallahua'lam

No comments: