.:: Sahabat_Maya ::.

Tuesday, April 27, 2010

Pelancaran Kempen Penggerak Tabung Harapan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kempen Penggerak Tabung Harapan
Menabung Sambil Beramal

Persatuan Siswazah Sabah (PSS) mengambil peluang melancarkan Kempen Penggerak Tabung Harapan kepada khalayak ahli-ahli baru Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Tuaran yang mengikuti Kem Remaja Islam (KRIS) Tuaran pada 23-25 April 2010 yang lepas. Tabung Harapan yang membiayai persekolahan beberapa individu, membantu golongan miskin dan muallaf selain digunakan untuk menjalankan program kebajikan seperti Lawatan Kasih ke Hospital dan Kempen Satu Keluarga Satu Kampit Beras, sebelumnya hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai. Selepas ini, dengan pertambahan lebih kurang 80 Penggerak Tabung Harapan yang mendaftar di KRIS Tuaran, diharapkan usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh PSS khususnya untuk membantu ahlinya sendiri semakin maju.

Tabung yang diedarkan dengan sumbangan mula RM1, beroperasi dalam bentuk simpanan wang lebihan penggerak tabung dan ahli keluarga. Setiap kali mengikuti program qiamullail bulanan, penggerak akan membawa tabung untuk diserahkan hasil kutipannya kepada ahli PSS atau KRU yang terlibat. Walaupun Tabung Harapan dikendalikan di peringkat pusat, ahli-ahli PSS dan KRU digalakkan untuk memohon sumbangan bagi menyelesaikan kes-kes kemiskinan khususnya yang mengancam aqidah di tempat masing-masing. Penyelaras PSS dan KRU di setiap kawasan diminta melancarkan Kempen Penggerak Tabung Harapan di tempat masing-masing ketika KRIS dijalankan. Kempen akan mempertandingkan:

1. Jumlah penggerak paling ramai (kategori kawasan)
2. Jumlah kutipan bulanan paling banyak (kategori kawasan)
3. Jumlah kutipan bulanan paling banyak (kategori individu)

Setakat ini Tabung Harapan membiayai persekolahan dan kehidupan beberapa orang muallaf di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Tambunan dan Sepanggar

.:: Menabung Sambil Beramal Untuk Saudara-saudara SeAqidah, InsyaALLAH, Amal Ini Akan Menjadi TIket Ke Jannah Satu Hari Nanti.Amin::.

Wallahu'alam

2 comments:

Azzahra' said...

Salam...teringat tabung bergerak surau al-irfaan...pemangkinnya sahabt al-irfaan..tp 'along' nya x lain x bukan meja bendahari.syukran ats kjasama anda smua!trutama bos ana yg sllu buat kja sorang2(mmndgkan asst nya ni sllu jak kurang chat...T_T )
Irfaan hebat!^^

.::ikhwanshafz::. said...

cehhh...mmg nama ana dr skola digelar tok_along pun..ingatkn kat irfaan nie dah xdgr dah nama along tu,tup2 rupa2nya msi lgi..adehh..trbiyah dr Allah utk pgang duit bnyk2 kelak..hehe..