.:: Sahabat_Maya ::.

Thursday, April 22, 2010

Review : Calling All STEKnianz...!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang
"kepada sesiapa yg berkenaan: jamuan 5 STEK akn diadakan pada 25 Mac ini...bertempat di Teluk Likas..pada jam 12 stengah...sila respond mesej ini..jika tiada sesiapa yg membalas,berarti jamuan ini tidak jadi dan tidak akan diadakan lagi..."

Mesej yang ku terima 5 hari sebelum tarikh yang dinyatakan di atas melalui khidmat 'message' di Facebook. Mesej yang berunsurkan jemputan dan juga ku kira berunsurkan sedikit 'ugutan' yang tidak serius.

Cukup gembira di hati tatkala menerima mesej tersebut. Sudah sekian lama tidak bersua dengan sahabat-sahabat sekelasku semenjak selesai last paper SPM tempoh hari. Rindu di jiwa sedikit sebanyak terubat jua.

Ketika berada di dalam jamuan itu, hatiku begitu terusik dengan gelagat sahabat-sahabat sekelasku ni. Ada yang berubah dari segi pemakaian, berubah dari segi pemikiran dan ada juga masih terbawa-bawa perangai di dalam kelas semasa berada di tingkatan 5 (tidak berubah perangainya). Tertawa melihat telatah dan gelagat mereka. 
"Ish,malas bah aku mahu sambung akaun. Dua tahun aku terseksa taw sebab akaun..no more account for me.."

Haha..rungutan seorang rakan yang terkenal dengan sifat 'pandang ke depan'nya. Perbincangan sebegitu sedikit sebanyak menjadikan diriku lebih alert tentang perjalanan yang bakal ku jejak tidak lama lagi.


 Hero-Hero STEK : (dari kiri) Rahman, Aswan, Shahfieq, Azri, Rasul

Hidangan yang kebanyakan disponsor oleh dua orang 'adik-beradik' terkenal (Redzuan & Rahman) sekitar berada di zaman form 5 semuanya habis dilicinkan oleh kitaorang. Makan free, takda daya nak tolak..:)

Rahman Kelihatan Telah Berjaya Menjejakkan Kakinya Di 'Puncak Kejayaan'..hehehe..

Si Kawan Yang Sedang Merenung Masa Depan Yang Bakal Digapainya Nanti..InsyaALLAH..

Posing Ala-ala Mocha..:)

.::Semoga Hati-Hati Yang Bersama Berjuang Dalam Medan Ilmu Denganku, Dapat Merasai Manisnya Kejayaan Di Hujung Usaha Mereka. Amin~::.

Wallahu'alam




No comments: