.:: Sahabat_Maya ::.

Saturday, November 6, 2010

Ditujukan Khas Kepada Manusia Yang Bernama Mohammad Shahfieq ibnu Sabdin

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Perhatian Kepada Manusia Yang Bernama Mohammad Shahfieq ibnu Sabdin

Anda diminta untuk berada dalam keadaan yang stabil pada ketika ini kerana anda akan melalui lebih banyak dugaan selepas ini

Anda digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar & amalan, serta mempersiapkan diri di atas sebarang kemungkinan yang bakal berlaku

Perlu ditekankan di sini, sila manfaatkan kehadiran Allah, keluarga, sahabat-sahabat dan orang di sekeliling anda kerana kemungkinan besar anda boleh mendapatkan jawapan kepada segala permasalahan yang anda alami tidak kira sekarang atau mungkin di masa hadapan.

Dan tidak ketinggalan, jangan pernah tunduk pada pujuk rayu syaitan laknatullah! Perkara ini sangatlah ditegah kerana ia bakal mendatangkan murka ALLAH.

Perkara yang terakhir, walau apapun yang anda laksanakan, ketahuilah bahawa ada yang sedang memerhati anda. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, sila berhati-hati dengan apa yang anda kerjakan.

Moga menjadi seorang hamba yang berguna untuk semua hamba yang lain.

Segala kerjasama anda amatlah dihargai.

Harap Maklum

 
Kekosongan ini terasa bagaikan Maktabah Saidina Ali yang sunyi tanpa penghuni

 .:: U Gonna Do It Bro! ::.

Wallahu'alam