.:: Sahabat_Maya ::.

Sunday, November 7, 2010

Review : Bersatu Kita Teguh

Pada 4 September 2010, Kolej Matrikulasi Labuan mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana 1 Malaysia. Majlis Berbuka Puasa Perdana 1 Malaysia ini disertai oleh seluruh warga Kolej Matrikulasi Labuan tanpa mengira agama. Majlis yang diadakan di dataran kawad Kolej Matrikulasi Labuan serikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Labuan, Y.B KOL (K) Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal. Serentak dengan Majlis Berbuka Puasa Perdana 1 Malaysia ini juga telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Program Rakan Muda Ramadhan. Majlis ini telah berlangsung di Surau Al-'Irfaan dan dianjurkan Majlis Belia Labuan dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Labuan. Majlis khatam Al-quran ini telah disertai oleh belia di seluruh Labuan. Kemuncak bagi kedua-dua majlis tersebut adalah pelajar-pelajar berbuka puasa di atas dataran kawad bersama-sama dengan Ahli Parlimen Labuan, Y.B KOL (K) Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal.

dipetik dari laman web Kolej Matrikulasi Labuan

Alhamdulillah, usaha sebegini sepatutnya diperbanyakkan kerana ini merupakan salah satu daripada cabang da'wah kita when it comes to a place that have non-muslim in it. Syukran wa mabruk kepada Ustaz Khairil Azuar, mastermind di dalam projek mega Surau Al-'Irfaan ini, kerana dengan komitmen beliau bermula sahaja bulan Ramadhan hingga ke akhir, dapat memberi impak yang maksima kepada kami, AJK Sahabat Al-'Irfaan. Sangat berdedikasi. Diri ini secara langsung termotivasi dengan komitmen beliau terhadap amanah yang dipikul. 

Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, En. Sawang @ Rizal bin Amit memberikan ucapan alu-aluan

Para dif jemputan yang menyerikan 
lagi majlis

Persembahan unik iaitu dengan menggabungkan kumpulan nasyid Soutul 'Irfaan bersama kumpulan koir kolej dengan menyampaikan lagu Bersatu & 1 Malaysia

Keadaan pelajar yang dikehendaki untuk bersama dengan mentor masing-masing di dataran kawad

Keharuaan di tahap yang maksima kerana dapat menyaksikan sahabat-sahabat non muslim yang lain bersama-sama memeriahkan majlis dan Alhamdulillah, suasana da'wah bagaikan terasa kehangatannya ketika itu. Syukran jazilan kepada mereka yang hadir.

.:: Moga Hidayah Mengalir Di Jiwa & Kehidupan Kita Semua Dengan Kesatuan Ini ::.

Wallahu'alam

No comments: