.:: Sahabat_Maya ::.

Monday, May 16, 2011

Manisnya Memori Tercipta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tatkala diri ini meninjau-ninjau laman Muka Buku, terkejut melihat beberapa gambar memori silam ketika mana masih berada di bangku sekolah lagi. 

SMK Tobobon~

Namamu indah bermekar di lubuk hati ini. Episod-episod metamorfosis seorang pelajar telah engkau saksikan. Kini, pelajar tersebut sangat-sangat berterima kasih di atas kasih dan ilmu yang telah engkau curahkan kepadanya, sehingga kini, dia mampu untuk menjadi seorang manusia yang mampu memberi manfaat kepada sekeliling.

Sedih pula tiba-tiba kan. Agak-agaklah bro~

Mula menjejakkan kaki di sekolah pada semester 2 tingkatan 2, menyusuri medan ilmu sehinggalah tingkatan 5, terharu pula dengan jasa yang sekolah ini sudah curahkan untuk diri ini.


Sahabat-sahabat 3 Kreatif batch 2007 SMK Tobobon
Rindu, rindu, rindu~

Semua dah bertaburan, dahulunya berada dalam satu kelas yang sama, sekarang semuanya dilambai memori indah sahaja.

Hannafi, Redzuan, Aisah, Shahfieq
InsyaAllah, post ini akan bersambung~

.:: Tautan Ukhuwah Itu Adalah Tautan Lillahi Ta'ala::.

Wallahu'alam

No comments: