.:: Sahabat_Maya ::.

Sunday, May 8, 2011

Soutul 'Irfaan in Memories

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah..kali ni cuma nk crita skit,,
tetiba terkenang sahabat-sahabat sekumpulan tym dgr lagu blog ana ni..Shoutul 'Irfaan

Ana masih ingat bgaimana ana masuk dlm bidang nasyid ni kt kolej,,masa tu dlm mnggu pngurusan pljr2 baru untuk sesi 2010/2011,,dlm orientasi untuk Sahabat Al-'Irfaan (organisasi surau)..

masa tu ana rapat ngn sorg sahabat ni,dy suka brnasyid,,tp tym tu blum lg lar trtubuh Shoutul 'Irfaan,,dalam masa kami yg ada,last2 kmi pn brkongsi minat. da lepas mnggu tu,mula lar mncari2 sahabat yg ad minat yg sama..

Alhamdulillah,masa mula2 tu kami dpt mngumpul dlm lbih kurg 7 org,first tym performance dlm majlis perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,JPP,,masa tu masi baru lg,byk lar jgk kurg..malu lar jgk,da lar berucap dpan org ramai sblum tu,pastu bwat prsembahan plak

Tym tu bawa lagu Hamzah Asadullah dan Kehidupan,,hmpir stiap hari,lpas Asar kami g kmpul kt "port",berlatih nasyid lar kononnya,,kmudian persembahan kdua masa malam Amal Palestin,,masi lg banyak kkurangan,,

hampir kbnyakan masa ana brkumpul ngn dorg,dn sahabat2 len,,masa yg terus berlalu mnyaksikn bbrapa ahli yg xdpt mneruskn brsama2,x kurg jgk yg baru mnyertai,,alhamdulillah

satu ketika,muncul bbrp watak dlm khidupan kami,,kami pnggil Abg Is brsama tman ny,Abg Bob,,ahli kmpulan nasyid Hawari,,mereka lar yg byk mngajar dlm bab nasyid ni..byk bnda baru kami pelajari,pngagihan suara,tingkat suara,asa harmoni,latihan suara dll

satu yg mmg takkan ana lupa,,slalu berlatih last minit utk persembahan,,alhamdulillah ad skit perubahan masa semester 2,,masi ingat lg pernah abg Is suruh kami brtanding antara kami sndiri,,satu lg,cara meluahkn dn mnghayati lagu,,syukran Abg Is,Abg Bob,,

terkadang menyepi,alhamdulillah ukhuwah kmbali teguh,,rsa sdih skit lar sbb x dpt join tym Mnngu Pnghayatn Islam,sbb mnyelaras satu mjlis tym tu,,tp ana suka dgr antum nyanyi dlm mjlis tu,,ad jgk lar stu prsmbahan tym MPI ana ikut,masa tu ad bawa lagu Sahabat Al-'Irfaan sndri hasil karya alumni..

persembahan yg last tym mjlis perpisahan Sahabt Al-'Irfaan,malam Setahun Bersama,Sehayat Terasa,,masa tu bwa lagu Teman(kalo xslap tjukny),lgu Hakikat dr kmpulan Durrani dn lgu Sahabat dr kmpuln Hawari..

seringkas ni sj lar yg ana mmpu madahkan,,kepada sahabt Shoutul 'Irfaan,,ana rndu masa kita bersama dulu,InsyaAllah kita kn bertemu lg kerana-Nya dlm ukhuwah fillah abadan abada..8')
sumber : http://ibnbakr92.blogspot.com/
Ya, ternyata semua benda yang sahabat ana tulis di dalam blognya, benar-benar belaka. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Memori indah bersama Soutul 'Irfaan. Sangat-sangat memberikan impak yang besar tatkala ia pergi meninggalkan kami semua dalam keadaan diri ini sangat merinduinya.
Soutul 'Irfaan mula menapakkan diri di persada seni nasyid bumi KML pada awal kemasukan pelajar ke kolej. Hamzah Asadullah dan Kehidupan merupakan sajian pertama Soutul 'Irfaan kepada warga KML yang dinyanyikan pada Majlis Perlantikan JPP pada ketika itu. Walaupun tidaklah berada dalam kondisi yang baik persembahan tersebut, tetapi terdapat hikmah di sebaliknya yang mana membakar semangat 7 pemuda berjiwa seni itu untuk terus melangkah menyusuri persada seni nasyid di bumi KML. Pada ketika itu, rasmilah tertubuhnya Soutul 'Irfaan yang dibarisi oleh 7 orang pemuda, Muraz, Syawal, Siddiq, Azry, Ghafar, Awang dan Shahfieq.
Banyak perkara yang berlaku tatkala menyusuri perjuangan nasyid bersama sahabat-sahabat dalam bergelar Soutul 'Irfaan. Keluar masuk ahli tidak usah diperkatakan. Memang sudah menjadi lumrah. (Wah,macam kumpulan nasyid profesional pula..hoho..)
Kini, Soutul 'Irfaan yang terdiri daripada Siddiq, Azry, Ghafar, Alif, Zul Fadhli, Mus'ab, Azlan, Hafizh, Jamil, Shahfieq dan Syawal selaku ketua, dengan bantuan daripada ahli kumpulan Hawary, Akhi Iszuandy dan Akhi Bob, selaku guru vokal, terus menyampaikan risalah dariNya dengan menggunakan medium irama, lagu dan suara. 

Teringat kata-kata amir Soutul 'Irfaan, Akhi Syawal, ketika mana berpelukan dengan beliau saat perpisahan melamar pertemuan, ketika berpeluk dengannya, "Soutul 'Irfaan" terlafaz daripada bibirnya. Sungguh, begitu terasa dan terharunya hati ini tatkala terdengar perkataan tersebut.

Kenangan suka dan duka kembali menerjah minda dan fikrah.

Datang latihan lewat, dimarah oleh Akhi Isz dan Akhi Bob, dapat menyamakan tune suara-suara buat kali pertama, salah faham antara ahli, saling tersenyum ketika menyanyi semuanya kembali menjegah ke dalam lubuk minda yang paling dalam.

Allah,
Sungguh,
Engkau mengetahui hati-hati tertaut dan tersimpul hanya keranaMu,
Maka damaikanlah hati-hati ini agar redha dengan perpisahan ini 
Dan  terus kuat dan thabat dalam meneruskan rencana dakwah di mana sahaja berada
Semoga usaha yang sedikit ini menjadi mahar untuk berada di dalam JannahMu yang indah itu
Ya Allah
Amin Ya Rabb~

Soutul 'Irfaan in Memories

.:: Rindu Dengan Alat-alat Percussion Walaupun Tak Pandai Main ::.

Wallahu'alam


2 comments:

Ibnu Bakri said...

merindui detik tatkala mngalunkan madah memuji-Nya bersama sahabat..

idris bin hasyin said...

pergh... mantap2, mcm tu rpanya critanya...