.:: Sahabat_Maya ::.

Showing posts with label Aktiviti_Seharian. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti_Seharian. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Review : Bersatu Kita Teguh

Pada 4 September 2010, Kolej Matrikulasi Labuan mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana 1 Malaysia. Majlis Berbuka Puasa Perdana 1 Malaysia ini disertai oleh seluruh warga Kolej Matrikulasi Labuan tanpa mengira agama. Majlis yang diadakan di dataran kawad Kolej Matrikulasi Labuan serikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Labuan, Y.B KOL (K) Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal. Serentak dengan Majlis Berbuka Puasa Perdana 1 Malaysia ini juga telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Program Rakan Muda Ramadhan. Majlis ini telah berlangsung di Surau Al-'Irfaan dan dianjurkan Majlis Belia Labuan dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Labuan. Majlis khatam Al-quran ini telah disertai oleh belia di seluruh Labuan. Kemuncak bagi kedua-dua majlis tersebut adalah pelajar-pelajar berbuka puasa di atas dataran kawad bersama-sama dengan Ahli Parlimen Labuan, Y.B KOL (K) Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal.

dipetik dari laman web Kolej Matrikulasi Labuan

Alhamdulillah, usaha sebegini sepatutnya diperbanyakkan kerana ini merupakan salah satu daripada cabang da'wah kita when it comes to a place that have non-muslim in it. Syukran wa mabruk kepada Ustaz Khairil Azuar, mastermind di dalam projek mega Surau Al-'Irfaan ini, kerana dengan komitmen beliau bermula sahaja bulan Ramadhan hingga ke akhir, dapat memberi impak yang maksima kepada kami, AJK Sahabat Al-'Irfaan. Sangat berdedikasi. Diri ini secara langsung termotivasi dengan komitmen beliau terhadap amanah yang dipikul. 

Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, En. Sawang @ Rizal bin Amit memberikan ucapan alu-aluan

Para dif jemputan yang menyerikan 
lagi majlis

Persembahan unik iaitu dengan menggabungkan kumpulan nasyid Soutul 'Irfaan bersama kumpulan koir kolej dengan menyampaikan lagu Bersatu & 1 Malaysia

Keadaan pelajar yang dikehendaki untuk bersama dengan mentor masing-masing di dataran kawad

Keharuaan di tahap yang maksima kerana dapat menyaksikan sahabat-sahabat non muslim yang lain bersama-sama memeriahkan majlis dan Alhamdulillah, suasana da'wah bagaikan terasa kehangatannya ketika itu. Syukran jazilan kepada mereka yang hadir.

.:: Moga Hidayah Mengalir Di Jiwa & Kehidupan Kita Semua Dengan Kesatuan Ini ::.

Wallahu'alam

Thursday, April 22, 2010

Review : Calling All STEKnianz...!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang
"kepada sesiapa yg berkenaan: jamuan 5 STEK akn diadakan pada 25 Mac ini...bertempat di Teluk Likas..pada jam 12 stengah...sila respond mesej ini..jika tiada sesiapa yg membalas,berarti jamuan ini tidak jadi dan tidak akan diadakan lagi..."

Mesej yang ku terima 5 hari sebelum tarikh yang dinyatakan di atas melalui khidmat 'message' di Facebook. Mesej yang berunsurkan jemputan dan juga ku kira berunsurkan sedikit 'ugutan' yang tidak serius.

Cukup gembira di hati tatkala menerima mesej tersebut. Sudah sekian lama tidak bersua dengan sahabat-sahabat sekelasku semenjak selesai last paper SPM tempoh hari. Rindu di jiwa sedikit sebanyak terubat jua.

Ketika berada di dalam jamuan itu, hatiku begitu terusik dengan gelagat sahabat-sahabat sekelasku ni. Ada yang berubah dari segi pemakaian, berubah dari segi pemikiran dan ada juga masih terbawa-bawa perangai di dalam kelas semasa berada di tingkatan 5 (tidak berubah perangainya). Tertawa melihat telatah dan gelagat mereka. 
"Ish,malas bah aku mahu sambung akaun. Dua tahun aku terseksa taw sebab akaun..no more account for me.."

Haha..rungutan seorang rakan yang terkenal dengan sifat 'pandang ke depan'nya. Perbincangan sebegitu sedikit sebanyak menjadikan diriku lebih alert tentang perjalanan yang bakal ku jejak tidak lama lagi.


 Hero-Hero STEK : (dari kiri) Rahman, Aswan, Shahfieq, Azri, Rasul

Hidangan yang kebanyakan disponsor oleh dua orang 'adik-beradik' terkenal (Redzuan & Rahman) sekitar berada di zaman form 5 semuanya habis dilicinkan oleh kitaorang. Makan free, takda daya nak tolak..:)

Rahman Kelihatan Telah Berjaya Menjejakkan Kakinya Di 'Puncak Kejayaan'..hehehe..

Si Kawan Yang Sedang Merenung Masa Depan Yang Bakal Digapainya Nanti..InsyaALLAH..

Posing Ala-ala Mocha..:)

.::Semoga Hati-Hati Yang Bersama Berjuang Dalam Medan Ilmu Denganku, Dapat Merasai Manisnya Kejayaan Di Hujung Usaha Mereka. Amin~::.

Wallahu'alam




Thursday, July 30, 2009

Pesan Seorang Sahabat kepada Sahabat yg Lain..

bru2 nie ana n sahabat2 yg lain ke program KRU(Qiyamulail) di Masjid Jamek, Likas... dlm pada beriktikaf di rumah ALLAH yg tersergam indah tu, sahabat ana, mr.H, mmulakan usrahnya n pesannya kpd sahabat2 yg len,
-dlm pjuangan mjadi dai'e, kna ada pkara2 ne :

*bkorban di jalan ALLAH (crita Saidina Abu Bakar yg mnyedekahkan sluruh hrtanya shinggakan dia mnjadi miskin)

*sntiasa ingat bhawa ALLAH itu Maha Pemurah, Dia akan sntiasa mberi rezeki kpd mereka yg mmerlukan

*KEYAKINAN dan KEIMANAN msti ada dlam diri krn ia mrupakan kekuatan org mukmin
*lembutkan lar hati ngn mndengar atau mbaca at least 10 ayat Al-Quran stiap hari

*sntiasa basahkan mulut dgn zikrullah n amik masa utk mghaati pa maksud zikir,insyaALLAH hati akan tenang
...

ana bsyukur krna ALLAH tlah ikatkan kami dlm satu ikatan persaudaraan iaitu PERSAHABATAN..sahabat yg baik ada lar mereka yg sntiasa mgingatikan kita thadap ALLAH.. insyaALLAH,ya sahabat2ku,psahabatan kita akan kekal slama2nya..