.:: Sahabat_Maya ::.

Showing posts with label Curahan_Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Curahan_Ilmiah. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Ijazah VS Risalah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah~

Entri kedua setelah menjejakkan kaki di atas tanah UMSKAL.

Melihat suasana tarbiyah di sini setakat ini, ALHAMDULILLAH, ada sahaja terlihat mereka yang berkopiah serta bertudung labuh di sekeliling.

Tidak kurang juga golongan yang sebaliknya. Na'udzubillah~

Sedang asyik dilayan rasa gembira dan teruja setelah bergelar seorang mahasiswa, tiba-tiba fikrah saya tersentak dengan satu persoalan.

"Ijazah atau Risalah?"

Risalah Itu Perlu Disampaikan

Memang telah menjadi tanggungjawab mereka yang bergelar "Muslim" dan "Mukmin" untuk menyeru kepada kebenaran dan berusaha untuk meninggalkan kemungkaran. Tidak kiralah keadaan apa sekali pun. Bujang senang? Sudah berpunya? Telah bertunang? Anak keliling pinggang? Ya, TIDAK KIRA apa pun keadaan kita, ia sudah menjadi tanggungjawab untuk kita tunaikan.

Dakwah itu wajib.

Maka dengan adanya perkataan 'wajib' itulah kita mesti laksanakan ia. Dan tidak semestinya ia terlaksana di masjid, dalam usrah, tazkirah dalam kuliah atau sebagainya, walhal dalam kita menjalani kehidupan seharian kita juga Allah memberi kita peluang untuk kita menyampaikan dakwah itu.

"Saya ini bukan jenis yang hebat dalam agama. Alim? Jauh sekali. Macamana nak dakwah?"

Seringkali terlafaz kata-kata seumpama ini untuk dijadikan alasan.
Hmmm~~~

Ya, dakwah perlukan ilmu. Tidak dinafikan. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Apa yang penting dalam dakwah adalah kita ada niat dan usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah sekaligus membawa manusia yang berada di sekeliling untuk bersama kita. 

Boleh sahaja dakwah itu dalam bentuk kita menunjukkan akhlak yang baik kepada sekeliling. Berpakaian kemas, berdisiplin dan sebagainya. Itu merupakan salah satu cabang dakwah bahkan ia juga merupakan cara atau uslub yang seringkali Rasulullah S.A.W praktikkan.

Akan tetapi, biarlah kita berdakwah dengan kemahuan yang ada pada diri, bukannya sebab terpaksa, disuruh atau sebagainya. Biarkan diri ini merasa kenikmatan di dalam melakukannya sehinggakan pada satu tahap kita terasa kosong dan sepi tatkala mana kita tidak melaksanakan tanggungjawab ini. Apabila rasa nikmat ini sudah dalam ada dalam diri, maka timbullah satu istilah yang hebat, "ISTIQAMAH!".

Mengajak mentadabbur alam juga salah satu daripada cabang dakwah. SubhanaAllah~

Senang? Tidak Sama Sekali!

"Aku busylah hari ini. Kelas sampai malam, mungkin lain kalilah pergi masjid ya. Aku tak mahu ketinggalan kelas"

"Kau pergilah dulu ya. Kalau ada kesempatan, adalah aku kat masjid tu. Kalau tak ada, aku sibuklah masa tu. Maklumlah, assignment bertimbun belum siap lagi"

Memang tidak senang!  

Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri menghadapi kesulitan dalam menyampaikan risalah Allah, apa lagi kita yang sekadar hamba Allah yang biasa ini.

Tapi, setiap kesulitan itu pasti ada kesenangannya bukan?

Jadi mengapa perlu kita merungut? Ada yang mengatakan bahawa dakwah ini hanya membuang masa dan tenaga kudrat sebab mad'u yang kita ajak tidak memberikan respon seperti yang kita harapkan.

Maka perkara itulah yang hanya akan menjauhkan diri kita daripada Allah!

Astaghfirullah~

Perlu diketahui, jalan ke neraka itu dikelilingi dengan kesenangan dan kemudahan. Manakala, jalan ke syurga penuh dengan duri, penat lelah, kesukaran dan perkara yang sama waktu dengannya.

Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, jangan sekali-kali mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau kita mengajak kawan makan pun akan ditolak?
Berdakwah untuk 'memberi' bukannya untuk 'menerima'.

Maka, bersabarlah~

Mengenal Erti Penyampaian Risalah dalam Mengejar Segulung Ijazah
Bagaimana?

Pelbagai cara. 

Contoh?

Kaitkan apa yang diajar dengan dakwah dan tarbiyah, kemudian sampaikan kepada sahabat-sahabat.

Kita ambil contoh, dari skop Biologi.

Tubuh badan kita mempunyai satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem imunisasi.

Semasa badan kita mengalami kesakitan atau penyakit, satu sel akan terkeluar daripada badan kita untuk melawan segala virus-virus yang datang daripada penyakit itu. Dan semakin kerap kita sakit, semakin kuat pertahanan badan kita terhadap penyakit itu.

Cuba situasi ini kita lihat dari kaca mata tarbiyah dan dakwah.
Dalam kehidupan kita ini, seringkali kita diberi ujian daripada Allah yang mana kita tahu ia bertujuan untuk mentarbiyah kita.

Semasa kita mengalami dan merasakan ujian tersebut, satu kesedaran akan timbul daripada kita sendiri untuk membuatkan diri kita cekal dan tabah menghadapinya. Dan semakin kerap kita diberi ujian, semakin kuat pertahanan badan dan rohani kita untuk menghadapi ujian yang diberikan.

Mudah bukan?

Kemudian, benda tersebut disampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain agar mereka lebiih memahami hakikat kehidupan sebenar.

Maka, dakwah itu terlaksana di situ.

Membantu AgamaNya, Kita Akan Dibantu
Seorang sahabat yang saya kenali ketika masih menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), seorang yang hebat dari segi dakwahnya, hebat berkata-kata. Ditakdirkan untuk mengambil kos Perakaunan dan untuk menjadikan cerita ini lebih menarik, dia langsung tidak mempunyai asas dalam bidang tersebut.

Tapi yang takjubnya, semester pertama sahaja pointernya sudah mencapai 3.5 ke atas, belum dinyatakan lagi pointer semester kedua yang mencapai 3.9 ke atas. Di samping pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek yang lain.

Mengapa?

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad : 7)

Jadi, mengapa perlu disia-siakan peluang ini, sedangkan Allah sudah berjanji?

Kesimpulan
Perlu diketahui, dalam menyampaikan risalah, kita tidak boleh meninggalkan misi mendapatkan segulung ijazah. Kedua-dua misi ini perlu seiring dan sejalan.

"Tidak salah untuk kita berdakwah, tapi jangan tinggalkan study. Dan tidak salah kita dahulukan study kerana ia juga bermanfaat untuk dakwah dan agama. Tapi perlu seimbangkan benda tersebut. Ingat! Dakwah nombor satu, tapi akademik bukan nombor dua tahu!"

Mengimbau kembali pesanan naqib di sekolah menengah dahulu.
Maka, "risalah DAN ijazah" ataupun "risalah ATAU ijazah"?

.:: Sedang berusaha ke arah itu. InsyaAllah ::.

Wallahu'alam















Tuesday, September 20, 2011

Adab Menuntut Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Uhuk-uhuk(batuk buat-buat)

Sudah sekian lama, dan memang sangat lama blog ini tidak diberi pernafasan yang baik, atau lebih senang bahasanya, TIDAK DIUPDATE!!

Terima kasih kepada saudara Mohammad Shahfieq ibnu Sabdin yang sudi mengemaskini blog ini untuk saya.(eh, bukan nie mmg blog aku ka?adeh)

Alhamdulillah, telah dan sedang bergelar seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Seinfinti rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT di atas nikmat ini.

Allahu Rabbi~

Walaupun ada juga suara-suara sumbang mengatakan,

"Haha, kau Matrik kat Labuan, pastu U pun kat Labuan gak, kau tak boring ka bro? Dah lar Labuan tu pulau terkandas! Haha!"

Sakit hati? Ya, tidak dinafikan. Walaupun sakit itu disembunyikan di sebalik senyuman yang agak kurang ikhlas tatkala ia dilemparkan.

Ya, say whatever you want! Don't mind about that!!!
(emo skit nie,haha.agak2 lar bro.)

Tapi, realitinya, bilamana kita melihat perkara ini melalui kaca mata tarbiyah, sungguh jelas lagi nyata, ini merupakan tarbiyah daripada Allah.

Mengapa harus merungut dengan perkara itu?

Sedangkan Allah lebih banyak memberikan kita nikmat, tetapi kenapa perlu melihat kepada satu keburukan atau kelemahan yang nyata bertujuan untuk memberikan kita tarbiyah langsung dari Allah?

Betullah kata orang, bila kita melihat sehelai kertas putih yang di tengahnya ada satu titik hitam yang kecil, penglihatan kita akan lebih tertumpu kepada titik hitam tersebut.

Hmmm~

Dan lagi satu, tidak perlulah mengatakan "Kau nda boring ka bro di sana?". Tolonglah. Seakan-akan nikmat dan bantuan Allah tiada di sana bah.

Dui~

(SHARP!!!!!)

Sekadar memberi peringatan kepada mereka yang terleka. Dalam Al-Quran, Allah berfirman, surah Az-Dzariyat ayat 55,

"dan tetaplah  memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Jadi, sekadar untuk mengingatkan. No offense ya.

Ingin berkongsi sedikit ilmu. Semoga ada manfaatnya.
Belum ada idea untuk blogging

So, enjoy~

**********************************************************

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

sumber : http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/1781-adab-menuntut-ilmu.html

.:: Ya, ilmu itu perlu dicari. Bukan dinanti ::.

Wallahu'alam







Sunday, November 7, 2010

Riwayat Si Singa ALLAH

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"MasyaALLAH, menitik airmata ana dengar lagu nie syeikh. Sayu lagunya, walaupun music arrangementnya agak rancak tapi mesej yang disampaikan sangat menikam kalbu. SubhanaALLAH, syukran tuan kongsi lagu nie dengan ana!"

Madah sahabatku, Tuan S,(bukan nama sebenar) selepas mendengar satu lagu yang ana kira memang menyayat hati, Lagu yang dimaksudkan adalah "Hamzah Asadullah" didendangkan oleh kumpulan Inteam. Tidak dapat dinafikan, tangisan penuh keharuan mengalir dari mata dan hati bagaikan tertusuk dengan keharuan yang melampau. Sangat mulia dirimu wahai Hamzah Asadullah. Pengorbananmu seakan membuatkan diriku sedar betapa mulianya pejuang-pejuang yang bertempur di medan peperangan demi untuk menegakkan kalimah "Lailahaillah Muhammadurrasullah" dan Islam yang dicintai.

Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat, insyaALLAH, mari bersama kita susuri perjalanan sang Asadullah ini. Moga ada manfaat untuk semua.

Siapa Saidina Hamzah?
Nama sebenar bagi pejuang Allah yang berketurunan Bani Hasyim ini ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf. Bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w dan lahir pada tahun 570 Masihi, tahun yang sama kelahiran Rasulullah. Pejuang Allah kelahiran Makkah al-Mukarramah ini memegang jawatan dalam ketenteraan sebagai panglima perang dan membawa panji-panji tentera Islam pada zaman Rasulullah s.a.w sesuai dengan hobinya yang suka memanah dan memburu. Peribadinya diselubungi oleh sifat-sifat mahmudah seperti berani, cekal hati. Beliau juga merupakan seorang pejuang yang sangat tangkas bertindak dan bijak mengatur strategi perang.

Syahadah Seorang Pejuang
Pada ketika itu, Abu Jahal menghina Rasulullah s.a.w secara keterlaluan. Ketika itu Hamzah sedang berburu di Bukit Safa dan dalam perjalanan pulang, Saidina Hamzah diberitahu oleh seorang wanita tentang penghinaan Abu Jahal terhadap anak saudaranya, Muhammad. Hamzah dalam keadaan yang marah, pergi mencari Abu Jahal yang pada ketika itu sedang duduk bersama-sama dengan pimpinan Quraisy. Berjumpa sahaja dengan Abu Jahal, Hamzah bertindak memukul Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga kepala Abu Jahal berdarah. Lalu Hamzah berkata,
"Sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku, silakan! Sekarang aku mengaku bahawa Muhammad adalah Rasulullah s.a.w dan pembawa kebenaran. Demi Allah s.w.t, aku pengikut Muhammad s.a.w. Siapa berani, halanglah!
SubhanaALLLAH!!!PengIslaman Hamzah pada ketika itu adalah tidak tahan mendengar, melihat dan mengetahui cemuhan, maki hamun dan penghinaan masyarakat jahiliah terhadap anak saudaranya, Nabi Muhammad S.A.W.

Gugurnya Si Saiyidul Syuhada'
KETIKA peperangan begitu sengit di antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy, semangat tentera-tentera Muslimin semakin memuncak sehingga mereka terus menerkam ke arah tentera Quraisy bagaikan ombak melanda pantai sambil melaungkan amit, amit iaitu “matilah! Matilah!”
   Pada masa yang sama, kelihatan Hamzah bin Abdul Muttalib sedang melawan dan menerkam semua serangannya bagaikan seekor singa yang garang.
Beliau meluru ke tengah-tengah barisan tentera Quraisy dalam gerak kilat yang tiada bandingannya.
   Tentera-tentera Quraisy pula mengelak daripada libasan pedangnya umpama daun-daun kering yang dipukul oleh angin.
   Ketika Hamzah sedang bergelut dengan pihak musuh, tiba-tiba datang kepadanya Wahsyi bin Harb iaitu budak suruhan Jabir bin Mut’im secara sembunyi-sembunyi untuk membunuh beliau.
   Bapa saudara Jabir telah dibunuh dalam Perang Badar. Oleh yang demikian, Jabir mengupah Wahsyi dan dijanji akan dibebaskan sekiranya berjaya membunuh Hamzah kerana ingin menuntut bela ke atas kematian bapa saudaranya itu.
   Wahsyi menyertai perang itu dengan tekad untuk membunuh Sayidina Hamzah. Dia mengekori Hamzah dicelah-celah orang ramai. Wahsyi bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu.
   Ketika Sayidina Hamzah sibuk berlawan dengan tentera-tentera Quraisy, Wahsyi lalu mengambil kesempatan melontarkan lembingnya ke arah Sayidina Hamzah secara curi-curi.
   Lembing itu terkena dada Hamzah hingga menembusi badannya. Beliau cuba menerpa ke arah Wahsyi tetapi rebah tersungkur.
   Setelah Hamzah menemui ajalnya, datanglah Hindun binti Utbah iaitu isteri Abu Sufyan pemimpin tentera Quraisy lalu menoreh dada Hamzah untuk mengeluarkan hati dan jantungnya yang masih panas dan bergerak-gerak itu, Hindon cuba menggigit hati dan jantung Saidina Hamzah untuk melepaskan sakit hatinya.
    Setelah perang selesai dan kaum Quraisy telah kembali ke Mekah, Rasulullah menghadapi kemurungan dan kesedihan apabila melihat keadaan jenazah bapa saudaranya. Saidina Hamzah telah diberikan gelaran "Saiyidul Syuhada" yang bermaksud "Penghulu Sekalian Syahid".

Makam para syuhada di Uhud. Di sinilah jasad Hamzah bin Abdul Muttalib disemadikan

 Hamzah Asadullah - Inteam

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,

Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,

Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,

Dia Hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,

Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,

huwa Saidina Hamzah Asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,

Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hindun,

Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat. 
.:: Sayu berbaur terharu dengan perjuangan pejuang-pejuang terdahulu. Adakah diri ini berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada mereka? Aku masih menghitung diri ::.

Wallahu'alam

Thursday, November 4, 2010

Puisi Tidak Berjudul~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai mujahid agama
Sedang berjalan menuju satu cahaya
Cahaya putih ingin ditujui
Cahaya yang memberi 1001 makna dalam diri yang penuh dhaif ini
Cahaya yang bakal menemukan kita denganNya
Ya!
Cahaya itu adalah "Cahaya Hidayah Ilahi"

Wahai mujahid agama
Mujahadah, perjuangan, jihad amat diperlukan untuk mencapai cahaya itu
Benak hati tertanya
"Adakah aku sudah melakukan semua benda itu?"
"Adakah aku layak untuk cahaya itu?"
Dan satu pertanyaan yang bisa menikam kalbu
"Adakah aku sudah berusaha dan bersedia untuk cahaya itu???"
Persoalan-persoalan itu timbul tatkala diri ini sedang mencari inner self diri

Wahai mujahid agama
Di bibir seringkali terungkap
Ingin menggantikan 'padang pasir' yang panas kepada sebuah 'oasis' yang indah
Ingin menjadikan diri seorang yang berguna untuk semua
Keluarga, masyarakat, negara dan AGAMA!!!
Tetapi...
 Ungkapan yang keluar dari bibir hanya menjadi lafaz yang tersimpan tatkala diri hanya mampu berkata tetapi tidak dibuktikan dengan tindakan
Maka jadilah seperti orang yang Allah murkai dalam Surah As-Saff : 2-3

"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"

Adakah diri ingin menjadi salah seorang daripada golongan tersebut?
Tepuk dada, tanya iman!


Wahai mujahid agama
Adakah kita semua sudah terleka dengan dunia?
Adakah kita sudah lupa apa maksud 'PERJUANGAN'?
Maksud 'JIHAD'?
Maksud 'MUJAHADAH?'
Kenapa dilupakan semua itu sedangkan dunia memerlukan tarbiyyah?
Dunia memerlukan tarbiyyah!
Dunia memerlukan KITA!!!!!

Wahai si mujahid agama
Jangan pernah lupa
Jangan pernah leka
Dengan nafsu duniawi dan pancingan syaitan laknatullah!
Bebaskan dirimu dari belenggu itu
Bebaskan!
Jadikanlah diri salah seorang daripada saff hadapan perjuangan Islam
Dunia ini gersang dengan tarbiyyah
Jadikan dunia ini tanah da'wah yang subur wahai mujahid agamaku!
Semaikan benih Islami, bajai taqwa dan sirami ia dengan iman
Kita mampu melakukannya
Ingat!
Islam tidak pernah kalah
Cuma belum menang sahaja
Biarlah kita 'kalah' di mata manusia
Jangan pernah kalah di mata Allah!
Ayuh mujahid!
Bangkit dan pandang ke hadapan!
Rapatkan barisan perjuangan ini
Persiapkan dirimu
Dan berjuanglah kerana Allah
Mati syahid atau hidup mulia
TAKBIR!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!

 .:: Ya ALLAH, Berikan Kekuatan Kepada Kami Agar Dapat Terus Thabat Dalam Landasan TaqwaMu..Amin Ya Rabb ::.

Wallahu'alam

Monday, November 1, 2010

Kalau Kita....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kalau kita malas nak zikir, malas lagi kita nak solat.
(Mestilah, dah zikir pun malas, apatah lagi nak sembahyang!)

Kalau kita susah nak hormat ibu ayah, susah lagi untuk kita nak hormat Allah.
(Tak percaya? Cuba fikir, mak ayah pun kita tak reti hormat, macam mana nak hormat Allah, Tuhan Pencipta Alam ini?)

Kalau kita malas berpuasa, malas lagi kita nak pergi berperang untuk Islam.
(Betullah! Kenapa? Sebab puasa sehari pun kita sudah tak tahan, macam mana nak berperang yang amat memerlukan kekuatan dalaman?)

Kalau kita susah dan lambat melunaskan hutang kita sesama manusia, untuk apa kita berhutang dengan Allah.
(Contohnya tinggal solat, puasa, zakat dan macam-macam lagilah! Tak ke namanya hutang dengan Allah itu?)

Kalau kita tak mahu memaafkan orang lain, Allah lagi tak ingin nak ampunkan kita!
(Ampunkanlah sahabatmu, sedangkan nabi sendiri ampunkan ummatnya yang beribu!)


Kalau kita membenci Islam, cuba fikir balik, macam mana kalau Allah benci dan meluat dengan kita?
(Fikir dahulu sebelum buat!)

Sekadar tazkirah untuk diri sendiri dan yang lain. Moga ada manfaatnya untuk semua.

Wallahu'alam

.:: Adakah aku bersedia untuk menghadapi sakaratul maut??Astaghfirullah ::.

Wednesday, July 28, 2010

Untuk Mereka Yang Berfikir

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
 

"Assalamualaikum pakcik, tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke
sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
"Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini," gerutu hati Datuk Dr.Johar.
 

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. "Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya,"teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki
dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya.
Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku ?  " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini
saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga  lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh ....maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak.
Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul
Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian
macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin
bandar ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
menggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita,
keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....,"
kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital.
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manismacam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...." 

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. percuma. Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam
ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak
muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran.. "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema...

 
~Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta
stanza hati merindu Ilahi~

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan
dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
 

"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu
pilihanraya. .." 

"Habis, mereka mahu apa?" 
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
 

~ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI~

.:: Kepada Golongan Yang Berfikir, Teruskan Berfikir ::.

Wallahua'lam

Saturday, March 6, 2010

Bilakan Damai? Pertanyaan Yang Masih Tiada Jawapan

“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.

Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.

“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

* * *

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.

Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.

“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.

Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”

“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.

“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!” Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.

* * *

“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”

“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!” Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.

“Ya sayang...”

“Adakah mereka mendoakan kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

“Umi...” Khalid memanggil lagi.

“Ya...”

“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”

Nur Laili diam.

“Umi..”

“Ya nak..”

“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”

Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.

Mata Nur Laili mula digenangi air.

“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.

“Umi...”

“Ya sayang...”

Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”

“Ya sayang..”

“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”

Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.

“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.

Pom!

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.

“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.

***************************************************************************************************************

Pernah terfikirkah kita, apa yang menjadi persoalan mereka yang bergelar saudara seIslam kita di Palestin dan negara-negara yang sama waktu dengannya?

Pernah terdetikkah di hati kita untuk mengetahui apa yang tersirat dalam hati mereka?

Pernah tercetuskah niat di hati ingin merasai apa yang telah mereka lalui?

Pernah mengertikah kita tentang keperitan, kesengsaraan, kesusahan yang mereka lalui?

Ataupun kita sekadar melafazkan perkataan "kesiannya dorang", tetapi di hati, langsung tidak memberi apa-apa kesan?

Dalam Surah Al-Hujuraat ayat 10,

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara"

Satu persoalan untuk kita semua,

"LAYAKKAH KITA BERGELAR SAUDARA KEPADA MEREKA??"

Cukupkah sekadar melafazkan kata "BANTULAH PALESTIN!"?
Cukupkah sekadar merayu "TOLONGLAH PALESTIN"?
Cukupkah sekadar menggerami "KEJAMNYA ISRAEL!"?

Adakah itu sahaja PENGORBANAN kita bagi mereka, saudara seIslam kita?

Cukupkah dengan rintihan hati dan keluhan diri semata-mata????

Ketahuilah sahabatku,
Kita BOLEH bergerak lebih jauh daripada itu,
Kita MAMPU untuk berjuang bersama-sama dengan di medan pertempuran,

KITA MAMPU SAUDARAKU!!!!
KITA MAMPU SAHABATKU, KITA MAMPU!!!!!!!

Adakah kita ingin terus membiarkan si kecil Palestin bertanya "Kenapa tidur ummiku begitu lena?" dan "Bilakah abiku akan pulang?"

TIDAK!!!TIDAK SAMA SEKALI!!!

KITA MAMPU MENGUBAHNYA!!!!


AYUH!BANGKITLAH PARA ANSORULLAH!!!!


BANGKITLAH DARI TIDURMU YANG LENA!!!!


JADIKAN KEPERITAN SAUDARA KITA BERTUKAR MENJADI KEGEMBIRAAN!!!


AYUH!BANGKITLAH MUJAHID BANGKITLAH!!

ALLAHUAKBAR!!!!!!



.::SELANGKAH KE ALAM PERJUANGAN BERERTI SELAMANYA DALAM KEPAHITAN. BIARLAH MENANGIS, KECEWA, TERLUKA KERANA DITINGGALKAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH, DARIPADA MATI TERTANAM TANPA MUJAHADAH. DAN INGATLAH, PABILA DITANYA MENGAPA MUJAHADAH ITU PAHIT, JAWABLAH KERANA SYURGA ITU MANIS::.

~Moga diri ini sentiasa istiqamah dan tabah di dalam perjalanan untuk menggapai redhaNya. Amin~