.:: Sahabat_Maya ::.

Showing posts with label Special_Post. Show all posts
Showing posts with label Special_Post. Show all posts

Monday, July 25, 2011

SANAH HELWAH MY BROTHER!!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"25/7/2011"

Tarikh keramat bagi seorang sahabat, kawan dan teman.
Hari kelahiran sahabatku, NURSAM MOHAMMAD~

SANAH HELWAH MY BROTHER!!!

Walaupun tidak sampai setahun perkenalan, tetapi ikatan ukhuwah itu tetap kuat dan teguh. Tatkala bersama, hati ini sentiasa mengingati Allah. Ya Allah, teguhkanlah lagi ikatan persaudaraan ini agar hati-hati ini terus hajat kepada hidayah dan tarbiyah dariMu~

Pertama kali berjumpa dengannya, di Kolej Matrikulasi Labuan. Beliau berada di bawah lajnah pantauan saya, merupakan Ketua Lajnah Akademik Sahabat Al-'Irfaan. Pada mulanya, melihat diri beliau sebagai seorang yang pendiam, pemalu. Tetapi fikrah tersebut nyata terpesong, semakin dirapati, rupa-rupanya satu 'kepala'! Adeh.
 
Nursam Mohammad (kiri) ketika Majlis Setahun Bersama, Sehayat Terasa

Melihat ke hadapan. (Nursam, Siddiq, Hafizezazmi, Shahfieq)

 Hampir menitiskan airmata membaca puisi ini, hasil nukilan sahabatku, Nursam~
Sahabat,

Dunia ini penuh godaan dan mehnah…
Penipuan yang tak henti memecah..
Ketidakadilan mengalir tak bersudah..
Keseronokan terlihat semuanya indah...
Sering hamba tersungkur tanah..
Dek hembusan udara jahiliyyah..

Namun Sahabat,
Allah jua sayang pada diri hamba..
Menghadiahkan dirimu sebagai teman di jiwa..
Bersama mengukir ukhwah antara kita..
Berkasih sayang bertaut mesra..
Terasa indah di kaca mata..
Kamu terlalu istimewa..
Menyerapkan Iman di dada..
Membuat diri terasa bahagia..

Sahabat,
Senyummu cukup menggamit jiwa..
Sapaanmu terasa selalu bersama..
Wajahmu pemusnah segala gelisah..
Tuturmu pemadam segala resah..
Hanya gembira dan bahagia terasa..
Dalam ikatan ukhwah yang terbina..
Mengisi jiwa hamba..
Jauh dari dosa dan noda..
Mengingatkan kepada yang Maha Esa..
Mengajak dalam suasana tarbiah Islamiah..
Duduk bersama dalam biah solehah..

Sahabat,
Diharap ukhwah kita terus membunga..
Bersama mengejar hasrat dicita..
Merasa bersama keindahan tempat bernama Jannah..
Dalam cinta kita kepada Allah..
Ketahuilah hati kita tidak akan berpisah..
Ukhwah kita tidak akan punah..
Kerana kita akan terus mengutus doa..
Tanda ingatan kita bersama..
Membawa bersama dakapan Iman..
Dalam ukhwah yang berpanjangan..
Ingat dan ketahuilah..
Hamba ini ingin sekali melafaz ‘uhibbukafillah’.
Sedih, terharu, gembira bagaikan tergaul rata dan mesra di hati ini. 
Ya Allah, perteguhkanlah lagi ikatan ini ya Allah, ikatan yang ditaut semata-mata untuk mencari keredhaanMu ya Allah, berikan kekuatan kepada diri ini agar dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabatku. Semoga ikatan ini menjadi mahar untuk berada di JannahMu kelak. Amin~
Ya Nursam, i'm itharing you, brother.
.:: Salam Kelahiran Menuju Kematian Wahai Sahabatku ::.
Wallahu'alam 


Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulillah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:92**********
NAMA:MOHD SHAHFIEQ BIN SABDIN
KATEGORI:P - Kategori Matrikulasi Perakaunan
NOMATRIK:MA**********

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
PROGRAM
:
 HE23 - KEWANGAN ISLAM
 
IPTA
:
 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
    
URL SURAT TAWARAN
:
http://www.ums.edu.my/kemasukan



Betapa hati ini bertahmid melafazkan syukur kepada Allah, kerana mengurniakan satu lagi NIKMAT yang sangat-sangat disyukuri.

"Eh, kamu doakanlah ya aku dapat kos Kewangan Islam. Memang kos idamanlah itu. Mohon doanya ya"

Kata-kata itu dilafazkan kepada semua sahabat di 'Irfaan mahupun di KML kira-kira 2 atau 3 bulan yang lalu. Pengharapan yang amat tinggi yang diberi kepada Allah dan hasilnya, ALHAMDULILLAH~,Allah mengurniakan ia dengan begitu cantik sekali.

Bertekad Cemerlang~
ALHAMDULILLAH~
Sungguh, gembira rasa hati tidak terhingga. 

Akan berbakti di Labuan. 3 tahun. Pergghh. Labuan~

Sudah cukup melebarkan senyuman ini dan mungkin bisa meluaskan kawasan jajahannya sehingga ke telinga.

Kini, 'ia' sudah berubah.
Dari "Tekun Berusaha", ke "Karisma, Madani, Luhur". Dan kini, mengalami metamoforsis lagi, ke "Bertekad Cemerlang"~

.:: Ya Allah, Kau Dengar. Syukran ::.

Wallahu'alam




Monday, November 15, 2010

A Special Announcement From Kopiah Putih (Courtesy of My Own Self)

 With The Name of ALLAH The Most Superior and The Most Merciful
Attention To All Who Are Reading..

If U Can Almost See Da Thing That U Dreaming Of..
N At Da Same Tyme, There's A Voice Inside Your Head Saying,
"You'll Never Reach It!"
..........
My Advice,

IGNORE IT..!!!!!!!!!!

Because For Ur Information,
No Matter How Fast U Can Get There,
Or No Matter What's Waiting For U In Da Other Side..
U Should Know,
It's The Climb 
And U Can Do It..!!
.:: Say Diz To Urself, U Can Do It! ::.
Wallahu'alam

Tuesday, November 2, 2010

Logo Sahabat Al-'Irfaan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

PERHATIAN UNTUK MAJLIS TERTINGGI SAHABAT AL-'IRFAAN...!!!!!
Hmmm...
Sedang mencari yang mana satu yang lebih sesuai untuk dijadikan logo Sahabat Al-'Irfaan in order to buat badge 'Irfaan. Setelah mendapatkan cadangan di peringkat MT 'Irfaan, beberapa warna telah dipilih. Biru, hijau dan oren. Gambar-gambar di bawah boleh membantu melakukan pilihan.

Logo 1

Logo 2

Logo 3

So, sesiapa yang ada cadangan ataupun idea, mohon disalurkan di ruangan komen. Kerjasama anda amatlah dihargai. Syukran jazilan. (Skema nie..hehe..)

.:: Syukran Kepada Sahabat Ana, Mohd Azrin bin Adam, Di Atas Pertolongannya Mewarnakan Logo Ini dan Mohd Syawal bin Lokman, Orang Yang Bertanggungjawab Mencipta Logo Ini. Syukran Akhi! Nanti Ana Belanja Tengok RFC Ya! Hehe ::.

Wallahu'alam

Friday, February 12, 2010

Syukran Jazilan To All!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

ALHAMDULILLAH....

Perkataan itu sahaja yang bermain di benak pemikiranku tatkala ramai yang mengunjungi blogku walaupun hanya sedikit hidangan yang disajikan. Syukran para sahabat dan sahabiah yang sudi meluangkan masa melayari alam maya ana. Diharap,walaupun sedikit input yang diperolehi daripada teratak usang nie, insyaALLAH dapat menjadi santapan diri dan jiwa dalam mengharungi dunia penuh arus globalisasi yang dijana oleh modenisasi.
SYUKRAN JAZILAN TO ALL..!!!!!!


Tuesday, February 9, 2010

Buatmu Insan Tercinta

9 Februari 2010. Tarikh keramat yang diraikan oleh semua isi rumahku. Hmmm....rasa-rasanya apalah yang tersirat di sebalik tarikh ni??Teka2..

Ana tanya, ana jawab sendiri lar arr...

IT'S THE DAY MY MOM HAVING HER 43TH BIRTHDAY!!!!

Seorang wanita yang bernama Noor Azura Abdullah @ Rosina Liangson yang telah berkorban demi kebahagiaan anak-anaknya selama ini menyambut hari kelahirannya ke-43. Dengan persiapan yang rapi menyediakan segala jenis unsur untuk memberi kejutan kepada bonda tersayang pada hari itu, akhirnya, kesemua element of suprise menjadi juga. Bonda seakan-akannya tidak bersedia menyambut kejutan-kejutan yang dilakukan oleh kesemua anakandanya. Tepat jam 5.30 petang waktu Uganda, bonda yang kelihatan baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah meletakkan barang-barangnya terus menuju ke biliknya. Bertindak sebagai mastermind yang berjaya, kakak ana terlebih dahulu meletakkan hadiah hari jadi bagi bonda di atas katil bilik.(Mo bikin dramatik sikit lar kunu~). Tatkala menjejakkan kaki ke bilik, sejurus selepas itu, kedengaran bunyi esakan tangisan seorang ibu yang terharu dengan perlakuan anak-anaknya dan secara tidak langsung, rumah yang dibina untuk menjadi tempat berlindung dan berteduh bertukar menjadi pentas berlakunya adegan tangis-menangis yang dilakonkan oleh isi rumah tersebut. Huhuhu..indah sungguh saat itu.

Untuk bondaku....
Dirimu umpama lilin,
Yang sanggup membakar diri untuk keselesaan bersama,
Di kala ku kehanyutan di arus dunia,
Kau menghembuskan semangat di dalam diriku,
Oh ibuku,
Akan ku luahkan lafaz yang tersimpan ini,
Agar dirimu mengerti,
Diri ini menyayangimu....
I LOVE U MUM...!!!!

 Wanita di Hatiku, Noor Azura Abdullah

"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI UMUR DAN KEHIDUPANMU WAHAI BONDAKU..TERUSKAN BERJUANG DENGAN TABAH DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN YANG PENUH MENAH UJIAN"